Tular sejak beberapa hari lepas mengenai perkongsian Siti Rohayu di Facebook yang mendakwa dianiaya dan difitnah keluarga mentua sehingga ditahan atas tuduhan berkhalwat dengan saudara angkat. Sejak itu juga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjadi perhatian warganet dan turut diselar kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat. Siti Rohayu sebelum ini mendakwa dia dituduh berkhalwat dengan saudara angkat sedangkan ketika kejadian terdapat suami dan kakaknya serta empat kanak-kanak termasuk dua anaknya. Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah, pihaknya mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam dan sedia maklum mengenai status dibuat Rohayu di Facebook pada pagi kejadian. Pihak JHEAT kesal dakwaan Jabatan tersebut telah menganiaya seorang wanita yang berstatus isteri kepada OKU.
Katanya, JHEAT membuat serbuan berdasarkan aduan diterima dan telah membuat risikan sebelum mengambil tindakan. Pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor. "Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian. "Wanita dan Adik angkat itu ditahan atas kesalahan Khalwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat. "Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan. Mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan," katanya ketika dihubungi media yang dipetik dari BH Online. Mohd Adnan menambah, apabila terdapat lelaki bukan mahram di dalam rumah, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesalahan walaupun di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai. " Kes ini masih dalam siasatan dan Kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan," katanya. - CARI |
manehnya replied at 9-5-2020 10:48 AM
Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x e ...
manehnya: Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x enak... UrnmmmMcm Ada alasan kukuh utk pej agama ta ...
manehnya replied at 9-5-2020 10:48 AM
Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x e ...
manehnya replied at 9-5-2020 10:48 AM
Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x e ...
cik_Sally replied at 9-5-2020 11:44 AM
Catpaw replied at 9-5-2020 11:46 AM
Ni sedondon meroh jambu ni laki dia ke suami dia?
cik_Sally replied at 9-5-2020 11:47 AM
Hadek hangkat...somi dah jadi sayur kat rumah
ADVERTISEMENT