CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Tak Cakap Bahasa Tamil? YouTuber Masakan Mula Curi Hati Rakyat Malaysia

14-5-2020 09:18 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 40347| Komen: 211|Original author: Oleh: Ct Cheery

Pasangan suami isteri fasih bertutur dalam Bahasa Melayu telah meraih populariti di platform media sosial popular YouTube berikutan rakaman video memasak pelbagai menu. 


Youtuber atas nama Sugu Pavithra itu menjadi bualan hangat warganet dan telah meraih 142,000 subscribers hanya setelah beberapa bulan membuka saluran di YouTube.



Foto: YouTube Sugu Pavithra


Menurut The Inspirasi, Sugu Pavithra merupakan pasangan suami isteri berbangsa India yang menetap di perkampungan sekitar Sungai Siput Perak. Difahamkan, Encik Sugu  bekerja di ladang, manakala Puan Pavithra merupakan seorang suri rumah yang pandai memasak di dapur.



Foto: YouTube Sugu Pavithra


'Bakar Ikan Talapia Cara Mudah' merupakan video pertama Sugu di YouTube yang dimuat naik pada 29 Januari 2020. Ketika itu, mereka hanya meraih sekitar 300 tontonan sahaja dengan lebih kurang 100 subscribers.




Video memasak untuk keluarga yang pada asalnya dirakam hanya untuk suka-suka saja kini telah menjadi rujukan resepi rakyat Malaysia pelbagai kaum.


Foto: The Inspirasi


"Saya cakap bahasa Melayu sebab 1 Malaysia boleh faham pertuturan saya. Salah ke?" respons Sugu Pavithra ketika diminta warganet supaya bertutur dalam bahasa Tamil.


Menariknya, pasangan ini bertutur dalam Bahasa Melayu dan tutur kata Puan Pavithra yang sangat tulus dan sopan berjaya memukau para penonton untuk setiap video sehingga mencapai ribuan tontonan sehari.



Foto: YouTube Sugu Pavithra


Seperti yang dikongsikan Puan Pavithra, selepas dua bulan dab 14 hari membuka saluran YouTube, beliau menerima berita gembira daripada Google yang memaklumkan bahawa salurannya itu berjaya melepasi syarat untuk menerima pembayaran melalui hasil usahanya.


Selain resepi masakan yang mudah, mereka turut merakamkan video tentang kehidupan dan suasana kampung halaman serta mengingatkan penonton mengenai kebahagian hidup tidak memerlukan kemewahan, cukup dengan hormat-menghormati dan kasih sayang sesama keluarga.



Foto: YouTube Sugu Pavithra


"Terima kasih atas perkongsian ini dan untuk pengetahuan, kamu adalah salah satu YouTuber yang saya boleh tengok dari mula hingga tamat, sebab? Cara kamu cakap sangat lemah lembut dan berbudi bahasa. Sangat santai layan.


"Inilah sifat orang Malaysia yang sebenar, rendah hati, lemah lembut, rasa macam tengok filem dulu-dulu pulak. Teruskan usaha sis, saya akan terus menyokong.


"Bersih sangat dapur awak, salam perkenalan.


"Keluarga yang sihat. Semua masakan dia tak bubuh mak aji no moto.



Foto: YouTube Sugu Pavithra


"Teknik potong guna penutup bekas tu memang tipikal Malaysia la.


"Cermat buat kerja, tak bersepah, tak mambazir. Lemah lembut tutur bahasa. Saya tak nampak keluarga India, saya nampak keluarga bahagia, beradab and it's just makes me really happy to look forward too," antara komen positif warganet.


Pasangan ini menerima komen positif daripada warganet yang kagum dengan sikap dan peribadi mereka. Ini menjadikan mereka disukai rakyat Malaysia dan secara tidak langsung mereka telah menyatukan semua bangsa melalui video masakan mereka. - CARI

11

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • jajangmyeon

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TeropongGirl 14-5-2020 09:20 AM
Menarik, nak follow skarang
Quote Mirfi 14-5-2020 09:23 AM
I support you
Quote fliphair8 14-5-2020 09:37 AM
India ngan cina sungai siput ni lain....mostly baik2 laaa (hasil kenalan2 rakan sekerja dr sana) and bahasa melayu pun fasih....

Bersihnyaaa yach dapor acik sugu....teringat dapo mak masa kami kecik2 duk umah awam


Quote Lailerthee 14-5-2020 09:39 AM
India ni kalau bersih, bersih sungguh
Quote husna_amal 14-5-2020 09:49 AM
Kat Malaysia ni bangsa selain melayu kalau fasih berbahasa melayu jadi satu perhatian dan viral.
Quote merrissa 14-5-2020 09:50 AM
first video aku tgk video masak roti puri tp aku tak try2 lagi....hehhee
Quote akusukapurple 14-5-2020 09:53 AM
dah try resepi sardin dia ni..
Quote Tinot7 14-5-2020 10:02 AM
Iols pun tgk kadang2 utk support depa. Biar la depa dpt rezeki sbg youtuber.
Ramai je rakyat marhaen jadi youtuber utk dpt pendapatan sampingan.
Quote Boomibulat 14-5-2020 10:03 AM
Baru2 ni tertengok..dia tunjuk cara cuci kuali sampai berkilat..
Quote kaklong_garang 14-5-2020 10:14 AM
i fah follow.rasa tenang je tgk dia masak
Quote gummiebear 14-5-2020 10:16 AM
Patut la tetiba ada kat feed iols tapi x tengok pun lagi. Nanti iols cekidaut
Quote kechikchomel 14-5-2020 10:22 AM
betul tu. Indian ni kalau pembersih, memang betul2 bersih.

jiran depan lorong rumah iolss dulu memang tetiap petang akan cuci driveway rumah dia. rumah dia banyak pokok, tapi kemas & teratur je.

masa iolss kat poli dulu pun ada sorang camni. budak depan bilik iolss. tetiap minggu cuci bilik dia. cuci macam orang baru pindah masuk rumah tu ok! bukan takat sapu dgn mop je.

lagi sorang kawan iolss punya roommate. segala jenis pencuci ada. febreeze, floor cleaner, dettol lagi. pantang nampak sehelai rambut kat lantai. terus capai penyapu.

tapi tu lah...kalau dorang sembahyang tu, dorang ada bakar apa ntah. kuat betul bau dia.
Quote Babyarissa 14-5-2020 10:23 AM
After drama youtuber nie dgn kak sri,  aku dah unsubscribe dia.  Channel dia byk copy paste dri kak sri.  Lantak ah korg nak subscribe dia.  Peace!!  
Quote edsassin 14-5-2020 10:25 AM
Suka dengar dia cakap. Lembut je suara
Quote nuhanis 14-5-2020 10:35 AM
Babyarissa replied at 14-5-2020 10:23 AM
After drama youtuber nie dgn kak sri,  aku dah unsubscribe dia.  Channel dia byk copy paste dri kak  ...

Isu apa uols?

Ada baca komen2, sebut2 kak sri. Tapi xtau hujung pangkal sebab kak sri tu pun tak kenal.
Quote kucingitam 14-5-2020 10:39 AM
satgi dia cakap tamil, kau juga merempan suruh dia balik india lah, dah lama duduk malaysia tak reti cakap melayu la..bawang..bawang
Quote diss69 14-5-2020 11:02 AM
Tapi betul laa.. Dia bercakap lembut je dngr..
Quote Babyarissa 14-5-2020 11:03 AM
nuhanis replied at 14-5-2020 10:35 AM
Isu apa uols?

Ada baca komen2, sebut2 kak sri. Tapi xtau hujung pangkal sebab kak sri tu pun ta ...

Kak sri tu youtuber juga.  Jiran si Tamil ni.  Depan rumah je.  Jenguk2 lah channel "kak sri disini",  dia ada upload video psl drama diaorg ni. Drama diaorg nie lebih kurang "main tikam belakang". Entah lah nak komen lebih2 nti diserang pula fans si tamil
Quote annawleeya 14-5-2020 11:33 AM
Well done sis...

Lihat semua komen(211)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083053 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top