CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Pendirian Keluarga Saya Itulah Pendirian Saya" - Da'i Farhan, Fatin Belum Rujuk

9-5-2020 11:29 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9293| Komen: 26|Original author: Oleh: natrahn


Masih berkisar kisah ustaz aura 18, 19. Kecoh apabila Dr Erin mendedahkan dia telah bercerai talak satu dengan suaminya Da'i Farhan menerusi rakaman audio di aplikasi WhatsApp. Aura dah habis ke tu?

Pasangan itu berkahwin pada Oktober tahun lalu dan Farhan telah menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat hamil menerusi aplikasi sama selepas sebulan berkahwin dengan Erin. 

Menurut Dr Erin, selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hingga kata Erin ada yang mula melancarkan komplot untuk melihatnya dan Farhan bercerai termasuk dari pihak bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain.

Menjenguk ke Facebook Fatin, pada mulanya beliau memuat naik hantaran menyatakan memilih untuk berdiam diri berhubung isu tersebut.


Kredit foto: Fatin Nurul Ain

Namun, ekoran pelbagai spekulasi timbul, Fatin menulis satu lagi hantaran menafikan perkara (komplot) itu. Beliau mengesahkan yang dia dan Da'i Farhan masih belum merujuk semula. 

Kata Fatin, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan untuk kembali rujuk dan semua keputusan bergantung pada keluarga. Walau bagaimanapun, tinjauan mendapati hantaran tersebut telah dipadamkan.


Kredit foto: Facebook Fatin via Gempak

"Tiada apa-apa perbincangan berkenaan hal rujuk kembali antara saya dengan bekas suami. Selepas berpisah, saya sepenuhnya menggunakan ahli keluarga sebagai orang tengah. Sekiranya ada apa-apa perhubungan atau perbincangan yang ingin bekas suami lakukan bukannya terus dengan saya. 

"Pendirian ahli keluarga saya itulah pendirian saya. Ahli keluarga saya masih berpendirian untuk saya istiqamah dengan kehidupan sekarang kerana ahli keluarga sentiasa menyokong dan membantu saya dan anak-anak," tulis Fatin.



Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook via Facebook Fatin Nurul Ain

Tambah Fatin lagi, keluarganya tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka rujuk semula.

Selain itu, hantaran tersebut adalah untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan orang ramai ekoran pendedahan Dr Erin terhadapnya dan keluarga.

Pada akhir hantaran, Fatin juga menyeru orang ramai agar memberikan tumpuan pada amal ibadah sempena bulan Ramadan.  

Semoga dipermudahkan urusan Fatin dan keluarganya. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 9-5-2020 11:52 AM
Elok lah..
Xyah ye fatin..
Uols fokus pqda anak anak je
Janji farhan tu tak culas bayar nafkah
Quote umbut 9-5-2020 12:16 PM
Muka fatin ngan ex laki seiras bab senyuman
Quote KIM.K 9-5-2020 12:39 PM
Habis kau fight selama ni so the mf three stooges of you sampai menjanda sama2 hangus untuk apa si janda?
Ko mau nasib apa 10 tahun lagi
Quote Kurex 9-5-2020 12:54 PM
Ok            
Quote honeystar_11 9-5-2020 01:09 PM
Rujuk? bukan dah habis iddah ke. So term yg betul ialah nikah semula
Quote ctcheery 9-5-2020 01:16 PM
Kalo jodoh Masih Ada apa salahnya demi anak2. Peluang kedua...Kalo Masih Ada syg. Ewah...boleh buat tajuk drama lah {:run
Quote Melur1 9-5-2020 01:26 PM
ctcheery: Kalo jodoh Masih Ada apa salahnya demi anak2. Peluang kedua...Kalo Masih Ada syg. Ewah...boleh buat tajuk drama lah {:run
of
Ya Allah.. jauhkanlah.
Quote Tinot7 9-5-2020 01:35 PM
Apa2 je la ye
Quote missyL 9-5-2020 03:42 PM
Bijak. Bagos.
Quote GigaMom 9-5-2020 07:03 PM
KIM.K: Habis kau fight selama ni so the mf three stooges of you sampai menjanda sama2 hangus untuk apa si janda?Ko mau nasib apa 10 tahun lagi


Apa yg uols cuba nak sampaikan ni
X fhm langsung
{:give
Quote KIM.K 9-5-2020 08:26 PM
GigaMom replied at 9-5-2020 07:03 PM
Apa yg uols cuba nak sampaikan ni
X fhm langsung
{:give

Gitu pun nak tanye ke
I buat karangan baitul jannah kang
Quote akies 9-5-2020 10:53 PM
Elokla tkyah nk berbaik balik.
Punyala si ex tu agungkn cinta hati dia tu.
Gi obersea bagai.
Huhu.
Quote Meiizu 9-5-2020 11:23 PM
Sila tetap pendirian ye patin...beruntung ada family yg support, ikutlah kata family..
Quote sindremandrem 9-5-2020 11:25 PM
KIM.K replied at 9-5-2020 08:26 PM
Gitu pun nak tanye ke
I buat karangan baitul jannah kang

tak paham jugak, explain plisss
Quote HannahMontana 10-5-2020 12:05 AM
honeystar_11 replied at 9-5-2020 01:09 PM
Rujuk? bukan dah habis iddah ke. So term yg betul ialah nikah semula



Bagus ,ko lebih bijak dari dia!
Quote HannahMontana 10-5-2020 12:10 AM
Cari  lelaki lain sajalah


xrasa mcm pelacur ke diri ko dibuang ketika sarat  mengandung keturunan kambeng sial itu kemudian dgn mudah ko maafkan kambeng dan terima dia ko  berjimak dgn kambeng dan mengandung lagi ,elok-elok sarat ko kena buang lagi...berulang-ulang mcm ko terdesak nak berlaki !
Quote awekjepun 10-5-2020 12:43 AM
GigaMom replied at 9-5-2020 07:03 PM
Apa yg uols cuba nak sampaikan ni
X fhm langsung
{:give

Aku ingatkan aku sorg xfhm . 2x bca  xfhm lg..huhuhu.. utk kali ke 3 mlas la aku nk hadam
Quote belacan_gurl 10-5-2020 06:03 PM
HannahMontana replied at 10-5-2020 12:10 AM
Cari  lelaki lain sajalah



Ermmm agak kasar tapi I setuju dgn kata2mu
Quote glump 10-5-2020 07:33 PM
Ikut statement fatin yg faham family dia tak der kata suruh rujuk deny Erin kata fatin x mau bermadu.
Erin n farhan masih boleh rujuk

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053112 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top