Serentak dengan perintah itu, pengangkutan awam negara kita juga telah mula beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan kerajaan. Namun, perkongsian di media sosial mengenai kesesakan pengguna pada hari pertama PKPB dalam sebuah tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengundang tanda tanya orang ramai. Tiada penjarakan sosialkah? Sebaik kicauan tu menjadi viral, orang ramai beranggapan ianya adalah video lama yang mungkin dimuat naik semula pihak tidak bertanggungjawab yang ada agenda tertentu. Namun, pihak KTMB tampil menyatakan bahawa gambar yang menunjukkan kesesakan di dalam tren Komuter dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim, Perak itu adalah sahih. Memetik laporan Berita Harian, pihak KTMB berkata tren berkenaan seharusnya menggunakan enam gerabak, tetapi terpaksa menggunakan tiga gerabak sahaja kerana masalah teknikal. "Kita memang ada buat tanda penjarakan sosial. Tetapi, pada saat-saat akhir berlaku masalah teknikal jadi kita terpaksa tukar dengan komuter yang ada tiga gerabak sahaja. "Dari segi kapasiti memang lagi kecil, orang ramai bergegas ke tempat kerja jadi mereka tetap naik sedangkan pelekat untuk penjarakan sosial sudah ada di dalam dan luar tren. Tetapi, mungkin kerana penumpang ramai berpusu-pusu, jadi itu yang menjadi masalah," kata Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad Asri Khalbi. Terima kasih diucapkan kepada warga Malaysia yang prihatin. Perlu diingatkan bahawa PKPB ini menjadi tanggungjawab kita bersama. Rakyat perlu menjadi mata-mata pihak berkuasa sekiranya mendapati mana-mana tempat, kedai, atau syarikat tidak menyediakan atau mengikut SOP yang ditetapkan KKM bagi membendung wabak ini. #KitaJagaKita Harap tiadalah kluster KTM yang muncul pula. - CARI
|
airmineral replied at 10-5-2020 12:14 PM
bila komuter ni nak beroperasi elok2
da la lambat
xpunctual
KIM.K: Pwnjarakan sosial bagi tren komuter tak berkesan kecuali coach ditambah 3 kali ganda
airmineral replied at 10-5-2020 12:14 PM
bila komuter ni nak beroperasi elok2
da la lambat
xpunctual
Zeatyisaac replied at 10-5-2020 12:54 PM
Apabila semuanya kembali bekerja. Mungkin perlu fikirkan satu cara bekerja yang flexible, hanyanke p ...
ADVERTISEMENT