Baru-baru ini, tular video mengenai keletah anak kecil 'mengganggu' datuknya yang sedang menunaikan solat sunat tarawih bersama keluarga. Ramai warga maya terhibur dengan keletah anak kecil comel itu. Namun, tidak kurang juga yang merasakan perkongsian video seperti itu seperti mempersendakan solat yang sedang dilaksanakan termasuklah seorang pendakwah bebas, Nik Nizam Nasi. Menurutnya, perkara tersebut mencetuskan perasaan kurang senang kepada umat Islam yang lain. Adakah solat boleh dibuat bahan gurauan?
Bila kongsi dan menjadikan ianya suatu bahan jenaka, ia memang menjadi suatu kesalahan yang sangat besar. Apakah hukum membatalkan solat dengan sengaja? Menurut Nik Nizam Nasir lagi, hukum membatalkan solat dengan sengaja juga disebut dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: Maksudnya: “Membatalkan ibadah yang wajib setelah datang waktu syariat memulakannya tanpa uzur syar’i adalah dilarang berdasar kesepakatan ulama.” (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 34/51, versi al-Maktabah asy-Syamilah) Apakah uzur syarie yang boleh membatalkan solat? Kesimpulannya, solat adalah salah satu ibadah paling utama dalam agama kita dan tidak boleh dipersendakan walau apa jua alasannya. Maka, warganet dinasihatkan untuk tidak berkongsi video sedemikian supaya kita dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah. Mungkin ramai yang baru tahu mengenai perkara ini dan diharapkan perkara sama tidak berulang lagi di masa akan datang. Allah sayang kita semua. - CARI |
ADVERTISEMENT