Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri sudah kembali bersama. Perkara menggembirakan ini dikongsi sendiri oleh Aliff menerusi sebuah posting di Instagram. Tulisnya, dia telah kembali ke pangkuan keluarga selepas empat bulan berjauhan.
Hal rumah tangga Aliff menjadi bualan ramai apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida menjadi tular selepas Aliff mendedahkannya di IG. "Rindu sangat nak peluk anak saya Raudah. Lama saya menyepi, bukan merajuk cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang, dan apa yang saya perlukan dalam hidup. "Empat bulan berjauhan dari anak di sisi kosong sebenarnya hidup saya dan saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga," katanya. Dia juga mendedahkan isu rumah tangganya yang tersebar luar itu bukanlah rekaan semata-mata untuk meraih publisiti. "Apa yang berlaku bukan gimik untuk meraih publisiti tapi saya seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumah tangga. Jujurnya bukan satu benda yang senang untuk saya lalui tetapi syukur Alhamdulillah keluarga Allah keutamaan saya." "Saya ingin menjadi seorang Alif Syukri baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri saya," tulisnya. Buang yang keruh ambil yang jernih, semoga rumah tangga Aliff Syukri dan isteri akan menjadi lebih bahagia selepas ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT