CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Kereta Mewah Jolok Dgn Kayu Je!

18-10-2013 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8603| Komen: 10


SEREMBAN 17 Okt. - Polis menahan tiga penjenayah yang mencuri kereta mewah di beberapa buah negeri dengan menggunakan kayu panjang khas untuk mengait kunci rumah dan kereta mangsa sebelum melarikan kenderaan tersebut, baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan dalam serbuan di Port Dickson serta Bahau dekat sini pada 9 dan 12 Oktober lalu.
Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Md. Hasan berkata, polis merampas 12 buah kenderaan curi dan beberapa barangan yang dipercayai hasil pecah rumah yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.


Menurutnya, suspek pertama yang berusia 48 tahun ditahan di Port Dickson pada 9 Oktober lalu dan hasil soal siasat pihaknya menemukan tiga buah kereta jenis Mercedes-Benz, Toyota Estima dan BMW yang disorokkan di beberapa lokasi.

"Susulan tangkapan itu polis menahan sepasang kekasih berusia 32 dan 23 tahun di sebuah hotel di Bahau pada 12 Oktober lalu dan merampas dua buah Mercedes-Benz serta masing-masing sebuah Toyota Camry, Volkswagen Golf GTI, Mitsubishi Triton dan Kia Optima.

"Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan mewah di negeri ini, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor dengan penangkapan ketiga-tiga suspek," katanya dalam sidang akhbar hari ini.




Bagus
2

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 17-10-2013 05:13 PM
Ooo.... sekarang baru ku tau, Prevayfrghtt Echbekk tidak tergolong dalam kelompok keta-keta conti.
Quote mitnick 17-10-2013 06:08 PM
bkn ptt kreta mewah ade sensor utk detect jari b4 start enjin ke?
Quote munchkin 17-10-2013 06:27 PM
dah pandai guna kayu pulak sekarang
Quote zorrro_03 17-10-2013 07:10 PM
airfilterkotor posted on 17-10-2013 05:13 PM
Ooo.... sekarang baru ku tau, Prevayfrghtt Echbekk tidak tergolong dalam kelompok keta-keta conti.

Eh eh kau ni. Penat aku propa berbulan2 bahawa prefrggh tu konti.
Quote sapp73 17-10-2013 07:12 PM
yang gi letak kunci kereta ditempat yang senang dicapai dari luar tu siapa suruh
Quote airfilterkotor 17-10-2013 07:47 PM
zorrro_03 posted on 17-10-2013 07:10 PM
Eh eh kau ni. Penat aku propa berbulan2 bahawa prefrggh tu konti.

Ko dah termakan hasutan peYno.
Quote masa_lalu 17-10-2013 07:54 PM
byk yg wartawan tulis tu bukan kereta mewah
bodo punya wartawan
Quote zorrro_03 17-10-2013 09:58 PM
airfilterkotor posted on 17-10-2013 07:47 PM
Ko dah termakan hasutan peYno.

Tak kira. Bila ada 6 airbag tu mmg dah konti habis. Ko apa taw. :p
Quote airfilterkotor 17-10-2013 10:14 PM
zorrro_03 posted on 17-10-2013 09:58 PM
Tak kira. Bila ada 6 airbag tu mmg dah konti habis. Ko apa taw. :p

Yelaaa... yelaaa.
Aku tatau pe pe sehingga aku kenal apa itu kereta...itupun melalui Prevayfrghttt.


Hat ni versi Mercedes punya... kalo ko biasa dengar kat radio laa. Cam gampang.
[youtube]S1Ju-XXUxzs[/youtube]

Quote nuc 17-10-2013 10:22 PM
haha...iklan preve kat radio tu mmg hampeh...rasanya mamat tu baru bangun tido teruih pi baca skrip

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041276 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top