Dewan Perniagaan Monoriti (DPM) menyambut baik keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan membebaskan Pasar Borong Selayang dari cengkaman warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat, lapor MalaysiaGazette.
Foto: Thetulars Menurut Setiausaha Agung DPM, Mohd Zulkifli Abdul Fattah, Tan Sri Annuar Musa berjaya menyelesaikan isu lambakan pekerja asing di pasar berkenaan yang berlarutan hampir 20 tahun lamanya. Beliau mengarahkan supaya pengambilan pekerja asing di pasar borong di seluruh negara dihentikan segera susulan laporan terdapat lebih 1,000 pekerja asing di Pasar Borong Selayang ketika ini. "Kami merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik bagi membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat," katanya dipetik dari MalaysiaGazette. Katanya, majikan sudah mula mengiklankan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan mendapat sambutan menggalakkan termasuk yang menganggur dan gelandangan. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat tempatan tidak pernah memilih pekerjaan, sebaliknya peluang pekerjaan mereka selama ini dirampas warga asing. "Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar Borong itu berjaya memonopoli kawasan itu dalam jangka masa singkat, berpunca daripada pemegang lesen mencari jalan mudah dengan menyewakan lot kedai mereka kepada warga asing demi mengaut keuntungan 'atas angin'," katanya dalam kenyataan kepada media Sabtu lalu.
Foto: Thetulars Jelas Mohd Zulkifli lagi, pihaknya juga mendapati kehadiran 'gengster' yang 'menjaga' kawasan pasar berkenaan dan mengutip wang perlindungan daripada warga asing. Ini menjadikan mereka 'kebal' di kawasan berkenaan dan terlindung daripada penguatkuasaan dan warga tempatan. Tinjauan yang dilakukan juga mendapati kebanyakan warga asing di kawasan tersebut adalah pemegang kad UNHCR, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Foto: Thetulars Terdahulu, isu pemilikan dan monopoli perniagaan milik warga asing di ibu negara telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet. Kebanyakan mereka resah dan tidak selesa ekoran dari kebanjiran warga asing tersebut yang menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap penduduk sekitarnya. Rakyat mengharapkan inisiatif yang dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL ini akan dituruti dengan penguatkuasaan yang gigih dan amanah. - CARI |
dubuk replied at 10-5-2020 11:43 AM
apakah pati akan kembali menghunus pedang thunder cat ??
kelapaparut replied at 10-5-2020 12:37 PM
bagus mcm ni kite nak, tgk annuar musa bwh pn pimpinan muhyiddin ni keje bagus, br rakyat xmarah, xm ...
sambaldurian replied at 10-5-2020 12:37 PM
tauke2 ni sbnrnya kedekut nk byr lebih kt warga tempatan. kena byr socso la. klu ambil warga asing m ...
Manjahati replied at 10-5-2020 02:52 PM
Kena buat pantauan selalu...
kelapaparut replied at 10-5-2020 12:37 PM
bagus mcm ni kite nak, tgk annuar musa bwh pn pimpinan muhyiddin ni keje bagus, br rakyat xmarah, xm ...
sambaldurian replied at 10-5-2020 12:37 PM
tauke2 ni sbnrnya kedekut nk byr lebih kt warga tempatan. kena byr socso la. klu ambil warga asing m ...
ADVERTISEMENT