Tular video remaja peminta sedekah cuba membuka pintu kereta seorang pengguna jalan raya. Memetik Sinar Harian, kejadian dikatakan berlaku di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga, Shah Alam.
Difahamkan, ketika sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan, dia dihampiri seorang peminta sedekah dipercayai remaja warga Rohingya. Menerusi video dirakamnya, kelihatan remaja terbabit berjalan dari kereta ke kereta meminta sedekah. Bagaimanapun, apabila menyedari dirinya dirakam remaja terbabit meluru ke kereta mangsa dan cuba membuka pintu kereta itu dari luar. Pasukan Sinar Harian yang membuat tinjauan di lokasi bagaimanapun memaklumkan tidak melihat kelibat remaja terbabit. Menurut penunggang motosikal, Zudi Bahrom, 32, peminta sedekah terbabit sering dilihat berlegar di kawasan berkenaan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Dulu memang ada remaja Rohingya minta sedekah, dia akan datang ke tepi kereta dan motosikal, kadang kalau kereta dia akan ketuk tingkap. "Tapi, sekarang ini macam sudah tiada mungkin pihak berkuasa kerap buat rondaan, jadi dia pun mungkin tidak berani hendak datang sini," katanya. - CARI
|
LostStar replied at 11-5-2020 02:09 PM
Ada satu soalan.. kalau sembur pakai pepper spray adakah bersalah? Dari ig daku bertanya.. haha
adm7 replied at 11-5-2020 01:50 PM
Ni sbb warga asing suka dtg malaysia.
Mudah sgt buat duit.
Orang malaysia suka sgt tabur duit kt d ...
LostStar replied at 11-5-2020 02:09 PM
Ada satu soalan.. kalau sembur pakai pepper spray adakah bersalah? Dari ig daku bertanya.. haha
insulin replied at 11-5-2020 02:16 PM
Tak bersalah demi untuk keselamatan diri. Daripada apa yang aku baca selama ni, peminta sedekah ni ...
eyansss replied at 11-5-2020 02:22 PM
pepper spray jadi tak salah kalau ada kekerasan yang memerlukan kita defense diri kita... kalau t ...
LostStar replied at 11-5-2020 02:32 PM
Kalau dia dtg jek.. tros spray.. sbb annoy laaaa.. eiiii tgk video ni geram taw!
adm7 replied at 11-5-2020 01:50 PM
Ni sbb warga asing suka dtg malaysia.
Mudah sgt buat duit.
Orang malaysia suka sgt tabur duit kt d ...
ADVERTISEMENT