Walaupun 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menganggap beliau masih Menteri Besar Kedah yang sah. Memetik laporan Sinar Harian, Mukhriz berkata, pengumuman yang dibuat pembangkang dalam sidang media kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah Pakatan Harapan (PH) tumbang adalah tidak relevan kerana tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. "Mesyuarat Exco memutuskan, bagi memastikan menteri besar masih mempunyai sokongan majoriti atau tidak, kami syorkan kaedah itu dilakukan melalui persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)," jelasnya.
Beliau menambah, syor tersebut perlu dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk pertimbangan baginda. Mukhriz menyatakan, kerajaan negeri Kedah masih berfungsi seperti biasa dan mesyuarat Exco boleh diadakan. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga meminta pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya sekiranya mereka mahu mengambil alih kerajaan negeri. "Tak semestinya tunggu sidang DUN akan datang, ia boleh dilakukan bila-bila masa dalam tempoh itu," katanya. Jika usul tersebut diperkenankan oleh Sultan Kedah untuk dibentangkan, semua ADUN akan diberi notis 14 hari untuk dipanggil bersidang. Bersimpati dengan rakyat Kedah yang terpaksa berdepan kemelut politik ketika negara dilanda COVID-19. - CARI
|
Tinot7 replied at 14-5-2020 12:19 PM
Semenjak ada poremer query, kenapa anak botak tapi ayah byk rambut, iols tak boleh nak move on..
Tinot7 replied at 14-5-2020 12:19 PM
Semenjak ada poremer query, kenapa anak botak tapi ayah byk rambut, iols tak boleh nak move on..
sharlenetexas replied at 14-5-2020 12:27 PM
Ikut baka mak heols kot?
Kurex replied at 14-5-2020 11:58 AM
Gila kuasa ni ikut bapak dia la.... Buduh
jofizo replied at 14-5-2020 01:45 PM
KAHKAHKAH.....pak nk pekena org, anak kena dulu...
ADVERTISEMENT