Platform membeli-belah dalam talian terkemuka Shopee memohon maaf kerana menyiarkan iklan penjualan telur penyu di platformnya. Pihaknya akui terlepas pandang berhubung aktiviti penjualan telur penyu yang berleluasa di Shopee.
Difahamkan, Shopee membuat permohonan maaf menerusi ruangan komen pada iklan sebuah produk mee segera di Facebook dan berjanji akan mengambil tindakan serta memastikan perkara sama tidak berulang. Sebelum ini, kelab aktivis pencinta haiwan Zoologi Malaysia menerusi Twitter menggesa Shopee dan syarikat kurier J&T bertanggungjawab dan ambil tindakan tegas berhubung isu itu. Sementara itu, BERNAMA semalam melaporkan Ketua Makmal Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli menggesa penjualan telur penyu secara dalam talian disekat dan dihentikan demi memastikan kelangsungan haiwan marin yang semakin pupus itu. - CARI
|
matchstick replied at 14-5-2020 02:18 PM
Yg membeli pun salah jgk..tanpa segan silu bagi review telur penyu sedap.
rayray28 replied at 14-5-2020 02:19 PM
Kan.. Eh tolong laa.. Ni sure dr kecik mmg dh biasa makan ni
umbut replied at 14-5-2020 02:33 PM
Telur ni masak camna.. rebus ke.. dulu kecik2 selalu nampak jual kat pasar basah.. tapi x teringin n ...
Aai2 replied at 14-5-2020 02:32 PM
Ya ke...biasanya org yg dah biasa mkn masa kecik,bila dah besar ni dah x lalu nak mkn... pengalama ...
loladaily replied at 14-5-2020 02:37 PM
btw dekat shopee bukan setakat telur penyu.benda merepek lain pun ada. minyak pengasih la keris sak ...
ADVERTISEMENT