Aktres, Nora Danish berkongsi kejayaannya khatam al-Quran pada sembilan malam terakhir Ramadan ini. Mengakui hal sebegini tidak semudah yang disangka kerana bergelut dengan jadual kerjaya seni yang agak padat sebelum ini, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merubah segala-galanya. "Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat, niat nak Khatam bertahun-tahun tersekat."
Sambung Nora lagi, pandemik Covid-19 ini menggerakkan hatinya untuk mengajar anaknya, Rayqal menggunakan al-Quran Digital pen. Dari situ, dia pula yang tertarik untuk mengaji. Apatah lagi tatkala melihat rakan artis, Elizad yang turut khatam al-Quran dalam PKP ini. "Pada mulanya, satu muka surat nak
habiskan rasa susahnya. Lama-lama 5 muka surat, jadi 10, jadi
20, jadi 30 dan seterusnya sampai mencecah 150 muka surat satu hari.
Sampai rasa tak sabar nak bangun tido dan start mengaji. MasyaAllah." Berita ini turut menyentuh hati rakan-rakan artis seperti Umie Aida, Lisa Surihani, Shery Ibrahim, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Tiq Zaqyah, Elfira Loy malahan Elizad sendiri. Nora turut berterima kasih kepada semua pengikutnya yang sentiasa memberi semangat sepanjang perjalanan khatam al-Quran ini serta ahli keluarganya yang tidak putus-putus bersamanya. "Ada hikmah MCO ini Bagi saya. Boleh focus 110 percent. Kalau tidak ada je dugaan. Next, terjemahan." Berita baik haruslah dikongsi bersama untuk dijadikan ikutan kepada orang lain. Tahniah Nora Danish!- CARI |
EvieWanKenobi replied at 15-5-2020 10:28 AM
sebaik2nya biar Allah je yang tau..
MatDeghem replied at 15-5-2020 01:10 PM
Nak dengar nowa baca Quran....
Semalam dgr Hajjah baca Quran Kat ape program tah. Baca laju maca ...
ADVERTISEMENT