"Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby. Bila dia cakap begitu, memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini."
Bekas isteri Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi yang lebih dikenali sebagai Erin nekad tidak mahu bekas suami bertemu anaknya. Berkata kepada GEMPAK, dia yang diceraikan ketika hamil kini enggan mempunyai sebarang kaitan dengan Farhan. "Saya dah block ustaz. Saya tak nak ada apa-apa lagi sama ada saya dihubungi atau saya menghubunginya. "Jadi, bila saya sekat nombor telefon, fikiran saya jadi lebih tenang. Kalau saya tak block, fikiran saya nanti jadi tak tenang fikir macam-macam. Sekarang ni saya lebih gembira dengan kehidupan. "Biarlah saya sekat ustaz terus. Lagipun saya sudah tidak mahu dikaitkan dengan dirinya lagi," katanya.
Tambahnya, Farhan mungkin akan mengambil barang-barangnya yang masih berada di rumah Erin selepas Perintah Kawalah Pergerakan berakhir kerana pendakwah itu kini berada di Kelantan sejak keluar dari rumah. Biarpun perkahwinan mereka bertahan enam bulan sahaja, Erin akui hidupnya kini lebih tenang dan meminta orang ramai berhenti kaitkan namanya dengan Farhan lagi. "Cumanya tolonglah henti kaitkan saya dengan ustaz lagi. Saya ini bukan selebriti. Kalau dulu mungkin saya isteri ustaz, sekarang ni saya bukan isteri sesiapa lagi," ujarnya. Erin sebelum ini mendakwa dia dijangka melahirkan awal tahun depan. - CARI
|
Hypothetically replied at 18-5-2020 12:38 PM
Nampak mcm ko sorang je yg lagi lagi bagi kenyataan Erin, mana pegi suara Farhan atau bekas isteri F ...
Anne.W replied at 18-5-2020 12:39 PM
Sbnrnyr xmgandung pon...mental ja dia ni
shahirakay replied at 18-5-2020 12:15 PM
sebenarnya pompuan ni lapar perhatian. aku rasa dia ni sejenis gaslighting ye. memula konon2 hantar ...
naz1641 replied at 18-5-2020 12:52 PM
Mana dpt tahu dia x pregnant?
bedahmenjuyah replied at 18-5-2020 12:47 PM
Mental kan minah ni. Doktor konon!
Mleeen82 replied at 18-5-2020 01:15 PM
fikiran tak mcm doctor lansung si erin ni!!!
virgo19 replied at 18-5-2020 12:26 PM
Hari tu kata dia yg mintak diceraikan sbb tak nak farhan susah hati, ni pulak cakap diceraikan ketik ...
ADVERTISEMENT