Bau busuk membawa kepada penemuan mayat reput seorang wanita di asrama sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kajang, semalam. Sinar Harian melaporkan, warden asrama terhidu bau busuk dari dalam bilik berkenaan jam 12.43 tengah hari sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.
"Mangsa berusia 34 tahun itu ditemui dalam keadaan mereput dan berbau di atas lantai bersebelahan dengan katil dalam biliknya," kata Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan. Difahamkan, mangsa merupakan felo asrama di universiti berkenaan dan polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah memandangkan barang mangsa tidak terusik ketika polis melakukan pemeriksaan di dalam biliknya. Siasatan juga mendapati mangsa bergantung pada insulin sejak disahkan menghidap kencing manis ketika berusia 16 tahun.
Tambah Mohd Zaid, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
|
cruz2 replied at 18-5-2020 04:32 AM
Katanya felo di ukm bangi berbangsa india
helicornia replied at 18-5-2020 04:07 AM
pelajar ke kakitangan? kejap pelajar kejap kakitangan
Sazida replied at 18-5-2020 05:34 AM
18tahun hidap kencing manis., mesti dah lebam kt perut tu sebab insulin.
salmon-suki replied at 18-5-2020 06:36 AM
16thn kan sis dia hidap diabetes
ADVERTISEMENT