Memetik AFP, perang Mumbai terhadap COVID-19 menyebabkan hospital di bandar India itu hampir lumpuh.
Ravi, 26, terpaksa menukar sendiri lampin ibunya yang sedang terbaring nazak akibat dijangkiti penyakit itu di Hospital Umum Perbandaran Lokmanya Tilak, atau lebih dikenali sebagai Sion. "Mereka hanya beri kamu ubat dan berlalu tinggalkan kami," kata Ravi (bukan nama sebenar) kepada AFP. Kakitangan di fasiliti yang memiliki 1,300 katil itu tidak cukup rehat dan kepenatan, katanya, apabila perlu merawat tiga pesakit di atas satu katil. Dia juga kini dijangkiti virus itu dan kini ditempatkan di hospital lain, selepas empat fasiliti perubatan enggan menerimanya sebagai pesakit. "Kami tidak memiliki infrastruktur untuk penyakit ini," katanya. Hospital Sion yang diuruskan kerajaan, kini menjadi contoh kegagalan Mumbai, yang menjadi lokasi kediaman jutawan, Bollywood dan setinggan, untuk menguruskan pandemik itu. Satu video yang tersebar luas di media sosial dan dipaparkan di televisyen India menunjukkan beberapa mayat yang dibungkus dalam plastik hitam, ditinggalkan di atas katil dalam sebuah wad, di mana pesakit sedang dirawat. Pihak berkuasa memaklumkan sedang menyiasat video itu. Pihak doktor memaklumkan, pengurusan mayat yang dijangkiti COVID-19 agak sukar berikutan ruang yang terhad, serta ahli keluarga bimbang atau tidak mampu menuntut mereka yang meninggal dunia. Namun, menguruskan pesakit yang masih hidup adalah lebih sukar. "Kami tidak memiliki katil yang mencukupi untuk menampung kes jangkitan yang banyak. Ruang kecemasan penuh hanya dalam masa beberapa jam," kata Aditya Burje, doktor muda yang bekerja syif malam di hospital Sion, kepada AFP. Jarak hospital itu dengan setinggan terbesar India, Dharavi juga menjadikannya sebagai lokasi utama peperangan menentang pandemik itu. "Pada Mac, hanya ada satu atau dua kes yang disyaki sehari. Semuanya nampak terkawal, namun situasi berubah drastik pada penghujung April. "Kami merawat antara 50 hingga 100 pesakit sehari, dengan 80 peratus daripadanya didapati positif dan ramai yang memerlukan bantuan oksigen," katanya.
Melihat keadaan yang berlaku di Mumbai ini, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan sentiasa mematuhi SOP dan saranan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19. - CARI |
darkness replied at 17-5-2020 05:08 AM
Inilah yg kkm sangat risau pada awal penularan covid 19 di malaysia. Nasib baik gov ikut nasihat kkm ...
kelapaparut replied at 17-5-2020 08:48 AM
i xdpt bygkan hospital mumbai mcm mane, hkl pun i tgk sesak org ramai
ADVERTISEMENT