Rangkaian pasar raya Tesco menerusi hantaran di Facebook memohon maaf berikutan tular notis larangan remaja dan warga emas daripada memasuki premisnya. Menerusi hantaran itu, Tesco memohon maaf kepada semua pelanggan yang terguris dengan papan tanda had umur yang diletakkan secara salah di salah satu cawangannya. "Kami ingin memohon maaf berhubung notis had umur yang diletakkan secara salah di salah satu cawangan kami. "Kami mahu semua pelanggan rasa dialu-alukan ke gedung kami dan kami mohon maaf jika insiden ini mengguris perasaan pelanggan.
"Seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM), kami menggalakkan mereka yang paling terdedah (dengan risiko jangkitan Covid-19) terutama kanak-kanak dan warga emas supaya kekal selamat dan duduk di rumah ketika musim pandemik ini," tulisnya. Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila sebuah pasar raya berkenaan menampal notis yang melarang kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah dan dewasa berusia 65 tahun dan ke atas masuk ke premis. - CARI
|
shernazz replied at 19-5-2020 01:20 PM
Iols pegi hero tempoh hari siap ada yang bawak anak anak okeh...
Minum air soya depan hero...
Ha ...
delia3003 replied at 19-5-2020 01:25 PM
Beli juadah buka puasa yg ramai orang tu pun, ada yg heret anak2 kecik. Habis 1 family angkut. I ...
delia3003 replied at 19-5-2020 01:25 PM
Beli juadah buka puasa yg ramai orang tu pun, ada yg heret anak2 kecik. Habis 1 family angkut. I ...
shernazz replied at 19-5-2020 01:27 PM
Itu lah...
Kita paham budak budak boring dok umah..
Kalau bawak kuar tu..dok dlm kete aje la..
annehuda replied at 19-5-2020 01:24 PM
watpe nk mintak maap patutnye makbapak tu yg sedar diri takyah gigih sgt bawak anak-anak kecik kuar ...
ADVERTISEMENT