CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasukan Khas Kesan Individu Rentas Negeri Tanpa Izin

19-5-2020 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11470| Komen: 150

Pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan individu yang merentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.

Difhamkan, pasukan khas dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan memantau kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.



Gambar hiasan
Kredit foto: Piston.my

Memetik BERNAMA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya mempunyai rekod mereka yang memiliki dan tidak memiliki kebenaran rentas negeri.

“(Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis,” katanya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 Mei memaklumkan orang ramai boleh membuat laporan polis jika ada yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 19-5-2020 11:48 AM
Dah serupa witch hunt kerajaan kena buat sebab HAMJAD2 yg menyusahkan org lain..
Quote delia3003 19-5-2020 11:54 AM
Tambah 1 lagi kerja ATM & PDRM. Harap dapat kesan semua yg degil ni dan ambik tindakan keras. Semoga masing2 mereput kat kg, tak dapat balik semula ke rumah.
Quote mawarputih2612 19-5-2020 11:57 AM
tak faham aku spesis yg tak reti bahasa ni
klu ada kecemasan ka, faham la jugak
Quote Boomibulat 19-5-2020 12:03 PM
X payah cari..tahan je diorang sebulan lg jgn kasi balik KL..
Quote cmf_premierleag 19-5-2020 12:14 PM
kalo tgk google map stp malam, jalan yg merah (high traffic volume) ialah highway karak (laluan dr KL ke east coast)
so dah tahu la puak2 negeri mana ye
akak syak diorg gerak lps berbuka
bleh la uols cek traffic kt waze and google map stp malam
Quote cmf_premierleag 19-5-2020 12:15 PM
saja nak kabor jap, laluan traffic di google map ialah on real time basis ya
kang ada lak acik2 kepam cakap aku pitnah bagai
padahal sendiri bodoh tak reti utilize google maps
Quote MadameOnion 19-5-2020 12:23 PM
tu kekadang aku setuju majikan kejam mintak staff share live location setiap 24 jam.sapa takda kat tempat tinggal memasing dpt warning letter
Quote MsKathryn 19-5-2020 12:24 PM
Batalkan hasrat nk blk kampung wahai gobuk2 sekalian..
Quote mbhcsf 19-5-2020 12:35 PM
u all nampak tak cluster IPT yg balik ke kampung halaman bebaru ni

kan dah ada cluster baru

so i wonder mereka yg menyokong ni akan sibuk sama ke atau yg at the end , hujung2 siapa yg kena deal dengan semua ni KKM , kan?

kan...

so sebab tu cakap senang laaa...
Quote azimodin 19-5-2020 12:38 PM
Haramjadah, boleh mati ke kalau x balik kampung. tahun ni tahun yang hiba untuk aku satu keluarga sebab kami berhadapan multiple kematian dalam keluarga dari bulan 87tahun lepas dan aku rasa hiba sangat  xleh beraya bersama parents dan adik beradik dalam waktu2 yang sukar ni tapi keselamatan dan kesihatan tetap nombor 1
Quote palmolive 19-5-2020 12:40 PM
cmf_premierleag replied at 19-5-2020 12:14 PM
kalo tgk google map stp malam, jalan yg merah (high traffic volume) ialah highway karak (laluan dr K ...

Kalo ada sampah banyak tepi jalan. Berapa tahun lepas ada bukti bergambar yg berbuka puasa tepi jln tu
Quote Themilo 19-5-2020 12:51 PM
MadameOnion replied at 19-5-2020 04:23 AM
tu kekadang aku setuju majikan kejam mintak staff share live location setiap 24 jam.sapa takda kat t ...

usahkan majikan swasta, penjawat awam pun ramai yang kena. Ketua jabatan suruh bagi live location tiap hari. sapa yang di luar kawasan, akan tolak cuti tahunan & dapat memo tunjuk sebab. Semalam, keluar pula surat arahan suruh semua kakitangan download apps mysejahtera & mytrace.
Quote ikanmasin 19-5-2020 12:59 PM
diaorg2 ni selagi tak kene mmg berani sgt kan...degil sgt
Quote bakingsoda 19-5-2020 01:04 PM
tanpa izin?! dapat kelulusan gerak malaysia hokeh! pastu bagi la saluran untuk report manusia2 ingkar, senang utk sesapa yg nak report aktiviti merentas negeri sedara/kawan2 yg bengap. jangan la fokus KL- kampung je, ramai yg rentas antara negeri selain KL ni haa
Quote cmf_premierleag 19-5-2020 01:08 PM
bakingsoda replied at 19-5-2020 01:04 PM
tanpa izin?! dapat kelulusan gerak malaysia hokeh! pastu bagi la saluran untuk report manusia2 ingka ...

khueeen
balik2 fokus KL - negeri lain
abih kalo johor-pahang, perak - penang, penang-perlis, melaka-kedah, kelantan - t'ganu, kelantan-perak tu sume apa citer?
balik2 fokus KL Selangor je.mcm la negeri lain tak bergerak keluar dr tempat memasing
Quote DayangKirana 19-5-2020 01:25 PM
bagi option utk submit report pls..
geram pulak dengan puak2 keras kepala ni..
Quote MadameOnion 19-5-2020 01:36 PM
Themilo replied at 19-5-2020 12:51 PM
usahkan majikan swasta, penjawat awam pun ramai yang kena. Ketua jabatan suruh bagi live location  ...

Chuols jabatan apa? I tak dpt pulak surat tu..tapi yelah.i kena keja..nak trace apa ke lagi...ada kawan i keja maxis aman2 je balik jb..siap ejek2 kitaorg lagi sbb dia dpt berbuka masakan mak dia..sakit pulak hati nenngoknya
Quote kookiechip 19-5-2020 01:39 PM
Ehh bodoh nya lahai.
Agaknya tak tenang hidup bila tak balik beraya dkt kampung! Lepas ni jangan bagi puak2 ni balik kl dah. Biar mereput dkt kampung. Nak sangat balik sana kan!
Quote Miss_LoveLeen 19-5-2020 01:40 PM
Degil la hai puak2 wajib blk raya ni. X paham bahasa ke mcm mana

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.150674 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top