“Hensem macam mana pun mereka kata baju papa macam air Horlicks nanti." Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ‘pasrah’ apabila pakaiannya sering dibandingkan dengan pelbagai makanan dan minuman.
Menerusi Instagram menantunya, Datuk Jovian Mandagie berkongsi perbualan mereka mengenai pakaian beliau. Dari perbualan itu, Jovian pada mulanya memuji bapa mentuanya kacak berbaju Melayu lengkap berkain samping dari koleksi raya jenama Jovian RTW. Bagaimanapun, reaksi Ismail berseloroh menjangkakan pakaiannya itu akan disamakan dengan air Horlicks mengundang tawa warga maya. Pembaca yang melihatnya terbayangkan menu apa pula? - CARI
|
aliazulaikha replied at 20-5-2020 07:08 PM
Lawa samping
SalenaGomez replied at 20-5-2020 07:52 PM
Rasa rege sampin tu ada rm10 k
aliazulaikha replied at 20-5-2020 07:54 PM
Samping yg lawa2 mmg Mahal kan. Especially yg original from terengganu
ADVERTISEMENT