CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuan Rumah Akan Diheret Ke Balai Kalau Tetamu Lebih Had

21-5-2020 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5534| Komen: 21

Polis Melaka akan melantik 94 Petugas Pemantau untuk meronda kawasan taman perumahan dan kampung bagi memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.


Kata Ketua Polis negeri, Datuk Mat Kasim Karim, pihaknya tidak akan teragak-agak membawa tuan rumah yang menerima tetamu melebihi had dibenarkan.


Kredit foto: BH Online

Mereka akan membuat pemeriksaan mengejut di mana-mana kediaman yang didapati mencurigakan dan mempunyai kenderaan yang banyak di sekitar rumah.

"Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini, malah akan bertindak tegas kepada mereka yang ingkar arahan termasuk membawa tuan rumah ke balai polis untuk diambil tindakan.


"Kita sudah memberi amaran awal, jangan ada yang marah atau tidak berpuas hati jika ditangkap nanti," katanya.

Pihaknya juga akan memantau kawasan tumpuan sepanjang Syawal seperti pasar awam, pasar basah dan pasar raya bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi semua peniaga dan pengunjung. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 21-5-2020 08:59 AM
simpan la duit tu.. tak berbaloi
Quote hiswife 21-5-2020 09:02 AM
Kesian plak kalau tuan rumah xtahu. So to be safe, tak payah terima tetamu langsung
Quote sarahmirza 21-5-2020 09:21 AM
Senang cerita, tak payah terima tetamu langsung. Sekarang sesiapa je datang, kita je yang ke pagar. Jumpa kat pagar aje, itupun di celah2 papan pagar
Quote Rainrein 21-5-2020 09:42 AM
Senang senang kunci pagar kunci pintu je la la. Jangan terima tetamu langsung. I cakap kat suami tahun ni kunci pagar umah mak mertua. Beraya sendiri sendiri je. Kalu PIL ada bunyi pape just ignore je. Kita buat untuk kebaikan dorang and diri sendiri jugak.
Yang dok lapar sangat nak gi beraya musim covid ni. Dok umah diam diam
Quote haryatie 21-5-2020 09:57 AM
FB_IMG_1590024471773.jpg   tampal ni kat pintu
Quote batmana 21-5-2020 12:18 PM
patut beraya wajib pakai baju PPE aja
Quote Eric.n9 21-5-2020 01:42 PM
Korang gigih nk datang beraya...
tp yg kena kompaun tuan rumah...
sila hadam ye...
Quote Lengkong 21-5-2020 02:54 PM
Naya kalau tuan rumah kena

Quote giyomi 21-5-2020 06:37 PM
time pkpb ni leh tak kita duk hotel dlm daerah sendiri?...akak nak tau ni
Quote Artemesiaa 21-5-2020 09:10 PM
Peringatan utk mak pak yang dah main wayang suruh anak balik beraya juga dengarlah nasihat polis untuk kebaikan bersama
Quote ikanmasin 21-5-2020 09:51 PM
diaorg ni tak sayang duit yer,sanggup byr rm1k dr simpan duit tu...
Quote Far 21-5-2020 09:55 PM
Hurmmm,PIL iols dok tampin,iolls dok durian tunggal. PIL suruh balik,boleh ker?
Sungguh-sungguh tu siap pesan jalan dlm yg xde  roadblock.eerrr..
Iols risau lah,ada anak kecik ... kan bahaya nak bawak kuar. Silent carrier ada di mana-mana.
Quote syamzana 21-5-2020 10:01 PM
1k tu banyak la zaman gawat ni. lagi2 org yg keje tatau lagi caner keadaan lepas raya masih blh continue kerja or tak. baik la simpan 1k tu.

yg dah bolos blk kg tu jgn mengada sangat nak beraya sana sini. jgn menyusahkan org.
Quote salamon 21-5-2020 10:04 PM
boekk ah poliss
Quote awanearisu 21-5-2020 10:06 PM
Ambillah iktibar lelaki yang balik ke Kedah dari Melaka itu. Tak pasal-pasal melayang seribu. Barangkali hasil aduan dari masyarakat sekeliling juga. Banyak mata yang memerhati.
Quote armin 21-5-2020 11:25 PM
hiswife: Kesian plak kalau tuan rumah xtahu. So to be safe, tak payah terima tetamu langsung

Kalau dia tak tahu mestilah dia terima tetamu hahah
Quote Lavender85 21-5-2020 11:55 PM
Dapat ni kat ws tadi
Quote munchkin 22-5-2020 11:14 AM
Sapa suruh awal awal pi announce boleh beraya 20 orang. 20 orang satu hari. 20 orang hari raya pertama. Beraya jiran2 dan keluarga? Korang yg sendiri bagi mesej yg tak jelas dan mengelirukan orang ramai.

Quote nefnefnef 22-5-2020 12:10 PM
“Sayang duit untuk bayar RM1,000, lebih baik digunakan untuk hari raya,” katanya

Betul sangat

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.111833 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top