"Kalau ada satu perkara paling merosakkan yang Covid 19 lakukan kepada umat manusia, bukanlah kematian hari ini, tetapi lebih kepada ketandusan tamadun hari esok bila masa terus beredar dan keilmuan serta pencapaian manusia itu sendiri membeku." Hampir enam bulan dunia bertarung dengan pandemik Covid-19 yang bermula di China pada Disember 2019. Walaupun pada mulanya ianya dianggap wabak di negara itu sahaja, namun lama kelamaan ia mula berleluasa di seluruh dunia hingga mengakibatkan kesan buruk terhadap nyawa manusia mahupun ekonomi secara global. Di Malaysia sendiri, setelah 73 hari berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai terpalit impak buruknya. Kehilangan kerja dan perniagaan ditutup hingga terpaksa bergolok gadai apa yang ada. Walaupun ada bantuan, tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menyara hidup. Jadi, apa sebenarnya yang perlu dilakukan ketika wabak ini masih belum ditemui penawarnya. Pengguna Facebook, Fdaus Ahmad mengolah realiti yang terpaksa dihadapi dalam norma baharu ini.
Menurut Fdaus, wabak maut ini menghilangkan suasana dan nilai kehidupan itu sendiri. Berapa ramai umat manusia yang telah kehilangan pekerjaan, perniagaan ditutup, pelajar tidak lagi mendapat ilmu dan pelbagai lagi kerencatan sosial. Malah, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita terpaksa hidup bersama pandemik ini memandangkan vaksin belum ditemui. Jadi, kita tetap perlu mengamalkan penjarakan sosial yang membawa makna ruang dan masa selain terpaksa terkurung dalam situasi ini. Soalannya, sampai bila? Sudahlah masa sekarang pun caca marba, generasi pelapis juga sudah kehilangan beratus-ratus jam yang sepatutnya digunakan untuk belajar, tetapi terpaksa berada di rumah kerana pandemik ini. |
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:22 AM
Actuallynya banyak hikmah covid ni. Secara ringkas it is high time manusia reflect dan reset their l ...
sarah82 replied at 29-5-2020 09:27 AM
TM6 tu apa?
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:28 AM
Itu thermomix6 la yang dok sakan guna retis suruh promote siap cadang beli hutang
sarah82 replied at 29-5-2020 09:29 AM
Ooooo.. X minat.. Iols punya la teringin nak beli belanga la apa benda entah.. Tak beli2..hahaha s ...
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:36 AM
Kena hidup within our means. Dan kalau banyak duit pun still kena berpada. Nak ada something nak ...
sarah82 replied at 29-5-2020 09:39 AM
Hahahaha.. Satu2 nya handbag mahai iols beli.. Fossil.. Tu pun boleh guna 3 way.. Hahahahaa.. Jam ...
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:49 AM
Baguihlah sarah ni. Two thumbs up.
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:22 AM
Actuallynya banyak hikmah covid ni. Secara ringkas it is high time manusia reflect dan reset their l ...
LadyCarefree replied at 29-5-2020 10:22 AM
Actuallynya banyak hikmah covid ni. Secara ringkas it is high time manusia reflect dan reset their l ...
ADVERTISEMENT