Setiap orang memiliki pandangan berbeza-beza terutama dalam isu norma baru berikutan pandemik Covid-19. Pegawai perubatan Dr Sakinah Sulong kali ini terpanggil untuk mengulas sikap segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri.
"Covid-19 adalah salah satu penyakit berjangkit, tak sama dengan kencing manis, darah tinggi atau stroke yang juga meragut nyawa. "Ia bukan hanya tentang anda kerana anda mungkin menghidapinya, tetapi selamat atau tiada simptom. Tapi, mereka yang mendapat jangkitan ini daripada anda mungkin mengalami komplikasi dan lebih teruk lagi, kematian. "Adakah anda dapat menentukan individu yang mendapat jangkitan akan selamat setelah dijangkiti?" tulisnya di Facebook. Dr Sakinah berkata demikian bagi mengulas kenyataan seorang warga maya yang menyifatkan penjarakan sosial sebagai gaya hidup abnormal.
"Peratus yang sembuh sangat tinggi dan kematian akibat penyakit ini sangat rendah, itu pun disebabkan sudah sedia mempunyai penyakit. "Kita terima sajalah seperti penyakit lain yang tekah sedia ada selama ini," kata individu terbabit. Ramai juga yang tidak puas hati dengan kenyataan golongan seperti ini. Loading FB Post... Loading FB Post... Tak dapat bayangkan kalau semua orang berfikiran sama seperti dia dan mengamalkan gaya hidup seperti sebelum negara dilanda wabak ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT