CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bersedekah Cara Berbeza, Sampah Orang Jadi Punca Rezeki Graduan Penganggur

6-6-2020 09:00 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5900| Komen: 22|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Harian Metro

Ramai terjejas dan hilang pekerjaan susulan pandemik Covid-19 sehingga ada yang terpaksa melakukan pelbagai cara semata-mata untuk mencari wang dan bertahan demi kelangsungan hidup selepas kehilangan pekerjaan.

Wan Nur Elisa menawarkan khidmat mengangkat sampah dengan bayaran RM1 selepas kehilangan pekerjaan sebagai pereka tudung khusus buat penduduk di Apartmen Cempaka Sari, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.


Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook


"Saya baru tawarkan khidmat angkat sampah secara sambilan hasil inspirasi rakan saya yang membuat infak tepung pelita ketika Ramadan baru-baru ini.

"Rakan saya mula jual tepung pelita. Apabila ada pelanggan mahu infak dia akan beri kepada orang miskin, kaya, bukan Islam dan Islam.

"Jadi saya terfikir apa salahnya ambil peluang mencari pahala dan rezeki dalam masa sama.

"Sementara sedang mencari pekerjaan, saya terfikir menggunakan kesempatan ini dengan menawarkan khidmat mengutip sampah dari rumah ke rumah.

"Mungkin bayarannya kelihatan murah dan tidak berbaloi namun saya yakin ia mampu membantu orang ramai," katanya kepada Harian Metro.

Kredit foto: meecks.com

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak itu menawarkan khidmat kepada penghuni di pangsapuri didiaminya itu namun kerjaya ini bersifat sementara sahaja.

"Saya tidak bercadang menjadikan kerja ini sebagai kerjaya tetap. Ia hanya sambilan sementara menunggu peluang pekerjaan," tambahnya lagi yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina.

Gadis ini berkata, meskipun caj RM1 itu dilihat agak murah, namun dia yakin ia mampu membantu orang ramai. 

Menurutnya, perkhidmatan berkenaan bukan untuk mencari duit semata-mata, sebaliknya sebagai usaha bersedekah dengan cara berbeza.

Semoga Nur Elisa memperoleh pahala berganda dan dapat pekerjaan baru kelak. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-6-2020 09:10 AM
Bagus dik.... Carilah rezeki.. takpe la org nak hina ke apa..
Aku buang sampah pun berseluar pendek dgn tshirt atau singlet..
Quote sarah82 6-6-2020 10:04 AM
Yg penting rezeki halal.. Yg dok mengata.. Bagi jari tengah saja.
Quote 3480 6-6-2020 11:08 AM
Good job dik.. semoga bertambah rezeki..

Sj la nk cerita.. kwn aku dlu kja maid kt kws hartamas sana.. rumah dia kt segambut.. sblm jd maid dia kja opis tp dia ckp jd maid masyuk lg. Ada bisnes kad cmni jgk. Dia bos dia la kuli.. sebulan dlm 4k jgk income dia. Tu dlu.. 15 taun lps. Dia slalu kemas2 rumah omputih area ctu. Kdg omputih ctu mintak dia jd babysitter skali klu p majlis mna2. Syoq dia kata kemas umah omputih ni.. tips byk. Tp sapa kuat n rajin bole la buat kja cmni. Kwn aku ni ada kelulusan jgk. Bkn la cikai2.. msa kja cuci rumah tu dia dh kawin n ada anak dh..
Quote ChildrenOfBodom 6-6-2020 11:13 AM
another  woman trash is another woman's treasure
Quote Artemesiaa 6-6-2020 11:14 AM
Kalau tak silap thread dah ada semalam
Quote belilies 6-6-2020 11:21 AM
Good girl. Keep it up ya! Semoga jadik teladan pada yg memilih pekerjaan di luar sana. Ada je boleh jadi keja, tak semestinya keje gomen apply jd cikgu melalak kat forum bila kene rijek pakai fullcaps.
Quote monreyes 6-6-2020 11:33 AM
graduan senibina payah juga dapat keje...
my nephew pun x lepas wpun dah ada Master...
lps degree dia keje kejap then stop sbb nak sambung Master...
padahal masa tu ekonomi tgh ok...
now apa experience pun xde...
rasa macam rugi pulak...
Quote gigahertz 6-6-2020 05:23 PM
monreyes: graduan senibina payah juga dapat keje...my nephew pun x lepas wpun dah ada Master...lps degree dia keje kejap then stop sbb nak sambung Master...pada ...

kalau kat luar negara berebut org cari.
Quote Tinot7 6-6-2020 06:02 PM
benang dag ada. slamat bekerja dikk
Quote Miss_LoveLeen 6-6-2020 07:58 PM
kat area umah iolss ada sorang cleaner yg rajin round blok2 / rmh smpah utk cari brg2 scrap. Satu hari dua kali dia round, pagi & ptg. Brg2 yg dia jumpa dia jumpa dia kumpul bwh tangga. Tiap ujung minggu dia panggil lori dtg angkut. Pernah jgak tanya dia berapa anggaran blh dpt skali tolak brg. Dia ckap blh la dpt antara rm 100 ke rm 150. Kalau sbln dah rm 400 - rm 600. Modal dia kederat & kerajinan je. Dah jd extra income utk dia.
Quote mosti 6-6-2020 07:58 PM
3480 replied at 6-6-2020 11:08 AM
Good job dik.. semoga bertambah rezeki..

Sj la nk cerita.. kwn aku dlu kja maid kt kws hartamas  ...

Kalau rumah ada anjung dia masuk juga ke?
Quote sfrnna 6-6-2020 09:58 PM
Sorry iols x paham. Kat apartment mmg kena buang sampah Kat bawah sendiri2 ke sampai adik ni kena buat service macam ni?
Quote gideoncross 6-6-2020 11:50 PM
Iol yg dri Brunei ni pun susah cri krja kat negeri sndri, dh lma gradute & "trpksa mnganggur", last2 bukak micro-business utk kumpul duit. Wlaupun x bnyk mna tpi x mnyakitkn dri trus2an mncari krja tpi x dpt.
Quote gideoncross 6-6-2020 11:50 PM
monreyes replied at 6-6-2020 11:33 AM
graduan senibina payah juga dapat keje...
my nephew pun x lepas wpun dah ada Master...
lps degree  ...

Zmn skrg msti ada "kabel dlm", tu je.
Quote dudaberhias 6-6-2020 11:55 PM
rezeki yang halal atas kerja yang bersungguh2...
ramai akan pandang serong walhal hanya goyang kaki di rumah tunggu bpn

you go girl... harap2 jadi perempuan yang berjaya satu hari nanti aminnn
Quote sarahmirza 7-6-2020 12:41 AM
sfrnna replied at 6-6-2020 09:58 PM
Sorry iols x paham. Kat apartment mmg kena buang sampah Kat bawah sendiri2 ke sampai adik ni kena bu ...

Ada sesetengah apartment yang tak ada rubbish chute. Biasanya apartment medium cost la...
so tuan rumah kena la bawa sampah turun dgn lif or tangga, buang kat rumah sampah yg kat bawah tu...

Pemalas ya amat siapa yang pakai servis adik ni.... turun bawah jalan kaki sikit buang sampah pun tak mampoo...
tapi elok la, kemalasan kau dah jadi rezeki orang lain....
Quote sfrnna 7-6-2020 01:27 AM
sarahmirza replied at 7-6-2020 12:41 AM
Ada sesetengah apartment yang tak ada rubbish chute. Biasanya apartment medium cost la...
so tuan ...

Ouh patutla. Iols pun igt rumah2 bertingkat ni ada rubbish chute tu. Hmm.. patutla ramai yg duduk pprt buang jah sampah dari atas. Sanggup ye org bayar adik ni. Takpalah, rezeki daripada sifat kemalasan org.
Quote diss69 7-6-2020 07:21 AM
Kalau rajin seme bole jadi. Tahniah dikk..
Quote puanbintang 15-6-2020 03:29 PM
bagusnya...semoga terus berjaya

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051954 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top