Wah, ayunya bila pelakon Kilafairy tampil bertudung. Cantik sangat! Memetik Gempak, Kilafairy, 28, mengakui dia memutuskan untuk istiqamah berhijab sejak empat hari lalu tanpa dipengaruhi sesiapa.
Katanya, dia melakukannya kerana dirasakan sudah tiba masanya untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. "Bagi saya bertudung itu memang wajib, tunggu masa sahaja dan sekarang hati saya sudah terbuka. "Memang sudah lama saya nak pakai, sejak dari tahun lepas lagi. Tetapi saya perlahan-lahan memperbaiki cara pemakaian terlebih dahulu. "Teruskan doa hari demi hari dan sekarang Alhamdulillah sampai masanya terbuka hati," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Kilafairy memilih untuk tidak membuka kisah proses hijrahnya itu. Biar hanya dia yang tahu dan keputusannya itu dibuat kerana Allah, katanya. "Mereka (ibu bapa) tersangatlah gembira apabila dapat tahu saya bertudung dan selama ini pun mereka tak pernah paksa saya. Mungkin sebab itu juga hati saya lembut," katanya lagi. Sebelum ini, rakannya, pengacara popular Neelofa telah 'mengkantoikan' imej baru pelakon itu menerusi Insta Storynya. Semoga Kilafairy terus istiqamah! - CARI
|
kiah_mai_pulak replied at 6-6-2020 08:40 PM
seriusss ahhh????
lolipopbiru replied at 6-6-2020 08:04 PM
TIADA PAKSAAN SESIAPA
Penghijrahannya itu sering dengan impian mahu berubah menjadi lebih bai ...
KIM.K replied at 6-6-2020 08:57 PM
Tahniah kila. Kami doakan yang baik2
Semoga berjodoh segera
MatDeghem replied at 6-6-2020 09:53 PM
Dah melentik ke sana ke sini .....
boifren back to back tapi tak kawin kawin juga.
ADVERTISEMENT