CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat AS Kumur, Cuci Buah Dengan Bahan Peluntur Elak Covid-19

9-6-2020 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4452| Komen: 23

Pusat Kawalan dan Pencegahan Jangkitan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention, CDC) Amerika Syarikat mendapati jumlah kes rakyatnya keracunan bahan peluntur sangat membimbangkan.



Kredit foto: Market Watch

Menurut laporan Oddity Central, ia berlaku di kalangan rakyatnya berikutan kebimbangan terhadap jangkitan wabak Covid-19.

Difahamkan, mereka percaya amalan berkumur cecair peluntur atau menghidu wap dari cecair nyahkuman mampu mencegah daripada penularan wabak maut itu.

Berdasarkan kajian dibuat terhadap 502 responden, 19 peratus mendakwa mereka mencuci makanan terutama buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cecair peluntur.

Manakala, 18 peratus lagi membersihkan diri dengan bahan kimia dan 10 peratus daripada responden mengakui menyembur diri mereka dengan bahan peluntur dan nyahkuman.


Kredit foto:  Oddity Central/CDC

"Paling membimbangkan apabila enam peratus responden mengakui menghidu wap dari bahan pencuci dan cecair peluntur, manakala empat peratus responden berkumur dengan cecair peluntur," kata CDC.

Kesannya, 25 peratus daripada mereka dilaporkan mengalami gejala seperti pening, kerengsaan kulit, rasa mual dan kesukaran bernafas selepas terdedah dengan bahan pencuci terbabit. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 6-6-2020 11:04 PM
Macam tipu jewwww nihhh!
Quote sehirkedi 6-6-2020 11:11 PM
Hmm..
Media sana suka bahan Trump..
Trump maksudkan lain mereka putar 360°.

Padahal kalau nak cuci sayur dan buah.. Boleh je guna cara rendam dalam air + apple cider vinegar. Rakyat amerika pun tau..
Quote jazaa100 6-6-2020 11:38 PM
sehirkedi replied at 6-6-2020 11:11 PM
Hmm..
Media sana suka bahan Trump..
Trump maksudkan lain mereka putar 360°.

Oooo air + apple cider vinegar ek?....
Ingt kan air & garam je
Quote clarizsa 6-6-2020 11:47 PM
Sangatlah tidak bijak
Cari pasal betul
Quote Scheherazade 6-6-2020 11:48 PM
Ni instead of nak protect diri dr covid, kang mati jugak sbb sakit lain plak
Quote AbukRokok 7-6-2020 12:22 AM
tapi kalau tiap2 hari berhimpun dan merusuh xjadi apa pun
Quote slavehunter 7-6-2020 12:34 AM
jazaa100 replied at 6-6-2020 11:38 PM
Oooo air + apple cider vinegar ek?....
Ingt kan air & garam je

Air dah garam pun boleh paling basic sekali.
Quote slavehunter 7-6-2020 12:36 AM
Listerine tu punya lah keras pedih rasa kot la siapa terminum tak tau ada kesan ke tak.
Quote Supersirap 7-6-2020 04:36 PM
Macam pelik je rakyat mereka buat macam tu, kata negara maju, kita di sini pun xpernah buat benda pelik macam gitu
Quote Tinot7 7-6-2020 05:20 PM
tak merbahaya ke ni?
Quote MsKathryn 7-6-2020 05:54 PM
Mcm bahaya je... x pasal2 kena penyakit lain plak
Quote Kurex 9-6-2020 10:18 PM
Takkan la leluhur paling bertamadun buat macam ni
Quote 234126 9-6-2020 10:34 PM
guna clorox dalam toilet pun dah rasa sesak dada inikan nak kumur. apo
Quote Dwdrum 9-6-2020 10:51 PM
Kurex replied at 9-6-2020 06:18 AM
Takkan la leluhur paling bertamadun buat macam ni

Rarity kebodohan ummah ber tamadun akan jadi berita di mainstream media ...tapi kebodohan ummah tidak tamadun tidak di pandang sebab sudah menjadi the way of life .....
Quote Leonclay 9-6-2020 11:50 PM
X sek ke ape diaorg ni? Bhn beracun ko telan, ko pn jln..xyah tunggu covid dtg pn
Quote 234126 10-6-2020 12:09 AM
MsKathryn replied at 7-6-2020 05:54 PM
Mcm bahaya je... x pasal2 kena penyakit lain plak

ada kes kat africa rasanya satu kampung minum clorox ni masa tgh panic covid menggila. Few org kg tu mati. Takda penyakit dah, terus fast lane ke alam barzakh.
Quote mrsLucky 10-6-2020 05:02 AM
Mungkin America sekarang jadi bahan lawak dunia. Dulu I ckp lucky orang dapat migrated sana. Now macam kucar kacir saja.

Racism makin menjadi jadi. Ramai sangat white Karen yang racist.

Baru2 ni one Karen suruh one native American girl balik Mexico sebab dia marah nak cashier attend her first dan jangan serve the girl. Mengaku dia manager lagi.

Gado2
Lepas dia shove the  girl, girl tu bagi sedas tamparan. Padan muka mesti dia rasa oren kena tampar.
Bila dah viral
Lawyer husband karen kata bini ada mental illness.
Quote DARSITA 10-6-2020 05:15 AM

Sebanyak 4% orang yang menyertai satu tinjauan


4% mewakili 96% rakyat USA yang lain?

aii tak tau lah siapa yang tak bertemadun dlm thread ini.
Quote CatMiow 10-6-2020 05:22 AM
sehirkedi replied at 6-6-2020 11:11 PM
Hmm..
Media sana suka bahan Trump..
Trump maksudkan lain mereka putar 360°.

Sebenarnya apa yg trump maksudkan?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.113884 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top