CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Curang! 2 Pegawai Pengsan Separuh Bogel, Mulut Berbuih Dalam Kereta

10-6-2020 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26478| Komen: 139

Dua pegawai perkhidmatan awam yang bertugas di jabatan pendidikan Indonesia ditemui pengsan di dalam sebuah kereta dalam keadaan mengaibkan.

Memetik Tribun News, kedua-dua lelaki dan wanita yang masing-masing sudah berkahwin dan memiliki anak itu ditemui dalam keadaan separuh telanjang dan mulut mereka mengeluarkan buih di bahagian penumpang belakang pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam.



Kredit foto: TribunNews

Menurut laporan, kereta yang enjinnya masih hidup itu ditemui di tepi jalan, Jalan Pabrik Benang, Kisaran, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara.

Difahamkan, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan mulut berbuih, manakala mulut wanita terbabit mengeluarkan buih berwarna merah.

Sebaik dihubungi orang awam, polis membuka cermin tingkap bagi mengeluarkan mangsa dan membawa mereka ke hospital daerah untuk mendapatkan rawatan.


Menurut sumber, isteri lelaki terbabit juga merupakan pegawai di jabatan pendidikan sama. 

Doktor yang merawat mereka mengesahkan bahawa kedua-kedua pesakit keracunan karbon dioksida memandangkan mereka ditemui dalam kereta yang enjinnya masih hidup selain tidak menemui sebarang tanda mencurigakan.

Pasangan itu dipercayai keracunan karbon dioksida ketika sedang melakukan hubungan intim.

Ketua Polis Daerah Asahan, Nugroho Dwi Karyanto berkata, pihaknya tidak menemui sebarang objek atau tanda mencurigakan di dalam kereta berkenaan dan akan menyiasat insiden itu sebaik pasangan terbabit sembuh.

Ketika ini, mereka masih dirawat di hospital dan keadaan kedua-duanya belum stabil.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Daerah Asahan, Sofyan mengakui pihaknya malu dengan tindakan pasangan terbabit. - CARI
1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 10-6-2020 09:01 AM
Cash la kan...x mampu nk check in ke sister?
Quote CiliPadiSedap 10-6-2020 09:02 AM
tips nya mudah sahaja kereta tak bergerak buka aircond risiko keracunan tetap ada melainkan kereta hybdir atau elektrik. sebab elektrik hybrid boleh hidupkan aircond tanpa hidupkan enjin kereta.

kalau nak make love pun pergilah hotel. sengkek sangat buat belakang kereta.
Quote shernazz 10-6-2020 09:09 AM
Bernafas lebih laju
Dalam tempat yang sempit
Mmg cash gituuu...
Mesti rasa nak bunuh diri kan ...
Padan .uka
Quote Supersirap 10-6-2020 09:10 AM
Kan sudah dapat malu, harap selepas ni mereka insaf akan kejadian ini
Quote Simunggu 10-6-2020 09:10 AM
menjawablah dlm kubur...
Quote noor2 10-6-2020 09:11 AM
X faham aku bini orang yang curang ni.....
Quote umbut 10-6-2020 09:12 AM
Mati dlm kelemasan or keseronokkan
Quote tri-max 10-6-2020 09:14 AM
ala benda curang ni kat mana2 pon ada
antara nak atau tak nak, antara nasib baik tak kantoi ataupon kantoi besar besaran like this case
pergh.. menjawab la esok kluar spital kain baju da campak luar umah
Quote Nenolen 10-6-2020 09:14 AM
Nasib ko bukan kat Acheh...harus ko berdua dihukum rejam dgn batu sampai mati dikhalayak ramai
Quote bondeh 10-6-2020 09:15 AM
Kejinya. Aib betul. Agaknya selama kini tak kantoi, sekali haaaaa mulut berbuih terus. Selayaknyah
Quote Pink_Purple 10-6-2020 09:17 AM
malunya...baik mati la
Quote TeropongGirl 10-6-2020 09:20 AM
Ingatkan mati. Adoi, tanggung la lepas kuar spital nanti..
Quote manehnya 10-6-2020 09:23 AM
Modngengade replied at 10-6-2020 09:01 AM
Cash la kan...x mampu nk check in ke sister?

Lebih thrill kekdahnye dlm keter gituhhh

Hamik
Quote KIM.K 10-6-2020 09:35 AM
CiliPadiSedap replied at 10-6-2020 09:02 AM
tips nya mudah sahaja kereta tak bergerak buka aircond risiko keracunan tetap ada melainkan kereta h ...

Bukan tak mampu check in kot takut kedapatan dgn orang tempatan dan nak cepat
Quote KIM.K 10-6-2020 09:38 AM
Kesian anak2 pompuan tu. Jenuh la kena buli
Sambil bertudung..
Quote namr 10-6-2020 09:42 AM
Habis terbuka aib
Quote Boomibulat 10-6-2020 09:42 AM

Belum mati lg..
Quote copy_paste 10-6-2020 09:48 AM
dah pulih nt siap la,paling teruk yg pompuan la,
Quote Kurex 10-6-2020 09:55 AM
mesti bangun nanti malu gila, kena pulak menjawab dekat pasangan masing2...

cash

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.208145 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top