Tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai menyindir Pakatan Harapan (PH) mengenai sokongan terbaharu kerusi parlimen yang dimiliki pembangkang dikecam pelayar Twitter. Menerusi Twitternya malam tadi, bekas Presiden PKR itu menulis satu formula matematik ringkas dipercayai merujuk jumlah kerusi berkenaan.
“129 - 1 = 107,” tulisnya. Berikutan itu, warga maya menggesa Azmin berhenti daripada memuat naik sebarang hantaran di laman sosial kerana ramai sudah 'meluat' dengannya. "Terimalah kenyataan kau memang dibenci rakyat. Diam diam sudah," antara komen warganet. Ciapan Azmin itu dibuat susulan pendedahan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai PH dan sekutunya yang kini mempunyai sokongan 107 ahli parlimen dalam Dewan Rakyat seperti dilaporkan MalaysiaKini. “Sekarang ini 107 (sokongan) dalam kumpulan ini. Dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati. “Dan kecelaruan, kebobrokan dan rasuah itu dihentikan," katanya. Manakala, Ketua Penerangan UMNO seperti dilaporkan Sinar Harian menyifatkan ‘permainan angka’ itu sebagai perang psikologi oleh pihak pembangkang. “Hanya 107 ahli Parlimen? Mula-mula dia (Anwar) sebut 129 (ahli Parlimen menyokong PH) kemudian sekarang sudah jadi 107. Kena tanya dia angka apa yang dia ada (lagi) dan bagi saya, fokus UMNO sekarang ialah membantu dalam pemulihan ekonomi. “(Fokus) dalam memastikan program-program pemulihan tersebut turun ke bawah untuk rakyat akar umbi dan itu yang kita fikirkan. Kita tak fikir 107 atau 129. Itu belah PH yang kemaruk kuasa seperti yang saya sebut tadi. “Itu bukan menjadi kerisauan kepada kita kerana kita yakin sebenarnya kalau ada angka tersebut benda ini (pertukaran kerajaan) dah berlaku dan ini hanya 'psiwar' daripada pihak PH yang risau akan prestasi yang baik kerajaan sekarang,” katanya. - CARI
|
RVP20 replied at 11-6-2020 12:03 PM
Tajuk thread pun salah
Teruk betul wartawan Cari ni
ADVERTISEMENT