CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Single Dan Tinggal Bersendirian, Remy Ishak Alami Kemurungan

11-6-2020 01:33 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 29884| Komen: 191|Original author: Oleh: Saiful

Remy Ishak kemurungan sampai terpaksa mendapatkan nasihat doktor gara-gra lama terperap sendirian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

Aktor tersebut dinasihatkan agar tidak tinggal bersendorian kerana bimbang gangguan emosi dan mentalnya bertambah buruk.

Bagi Remy dia tiada apa yang hendak disorokkan sebaliknya ia harus dikongsi untuk panduan masyarakat.


"Saya tinggal sendirian. Apabila terlalu lama tidak keluar bekerja dan berjumpa orang, saya jadi murung.

"Apatah lagi saya 'single', mungkin jika ada pasangan atau keluarga yang tinggal bersama, kuranglah kesunyian itu.

"Saya cuba untuk kuat, berfikiran positif dan memperbanyakkan membaca bagi menenangkan fikiran.

Foto:IG
"Namun, perasaan itu tidak boleh bertahan lama. Semakin lama, semakin sukar untuk saya mengawal perasaan.

"Jadi, saya buat keputusan mendapatkan nasihat doktor. Malah, syarikat pengurusan turut menyokong tindakan saya itu," katanya kepada BH Online.

Bukan itu sahaja, jadual tidur yang berubah sejak PKP juga menjejaskan emosinya.

"Rehat terlalu lama membuatkan tubuh penat lalu murung. Saya sudah lama berhasrat pulang ke kampung, namun, memikirkan Kuala Lumpur dan Selangor mencatat jumlah jangkitan COVID-19 tinggi, saya terpaksa menangguhkan hasrat itu," tambahnya. -CARI


Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 11-6-2020 01:36 PM
Apa yang hang nak sebenarnya, dik?
Punya ramai pompuan minat kat hang.
Hang pun siap bertunang tp buat tunang menanti tak pasti sampai putuih tunang.
Alih2, hang meratap kata hang sunyi....adoi
Quote bluebutter 11-6-2020 01:36 PM
Mengada ngadalah.

Solatlah. Keluar jalan jalan ke. Ke pasar ke beli barang basah for masak masak bagi orang makan ke.

Or jalan jalan shopping mall ke. Or exercise ke sambil pakai earphone dengar lagu doja cat say so ke. Or bawak kereta pusing pusing ke.


If ikut labun nk stress semua orang pun stress. Pandai pandailah manage nk hidup.

Mengada dia ni...
Quote Xim 11-6-2020 01:39 PM
Mase xde job ni la blh rhtkn diri....ni kalau aku ni mau tdo smpai lebam ....x pun meh join forum meh...atiberrr....
Quote sarah82 11-6-2020 01:39 PM
Aku relax2 ja single lepak dgn tok.. Over pulak mamat ni.
Quote cruz2 11-6-2020 01:42 PM
Dia nk bgtau dia masih single tuuu..gittewww
Quote famri7 11-6-2020 01:43 PM
bluebutter replied at 11-6-2020 05:36 AM
Mengada ngadalah.

Solatlah. Keluar jalan jalan ke. Ke pasar ke beli barang basah for masak masak  ...

Solatlah...senyum sinis jah
Quote bottombikini 11-6-2020 01:45 PM
iols tau apa yg dia rasa
sebab tu iols cakap dgn boss nak minta masuk office
at least ada kawan2

tapi kalo iols la..membaca buku lagi buat iols kemurungan
baik iols layan muvi
Quote anilanil 11-6-2020 01:45 PM
Main Tiktok je la cam ariel zafrel..
Takpon buat YouTube channel masak2, tak pandai masak takde hal, buat je masak yg takjadi. Netizen nak nengok abam wemy jer bukan masakan pon...
Quote paz 11-6-2020 01:46 PM
Kadang-kadang dia ni Paz rasa mengada pun ada.

Kawin ajalah dengan tunang tu balik. Dia pun single kan.
Quote Lengkong 11-6-2020 01:49 PM
Ramai lagi yang duk sorang time pkp ni. Tak perlu nak stress sangat. Bersyukur dan uruskan hidup sebaik2nya.

Quote mesmerize 11-6-2020 01:54 PM
get a cat wemy.. berapa ramai orang bujang n andartus bela kucing.. elok aje mental masing2
Quote KIM.K 11-6-2020 01:54 PM
Sian wemy. Cikcap je keje
Quote Asdira 11-6-2020 01:55 PM
Bang remy
Org lain yg duk sorg2 time pkp tu ok jer..
Masa ni la nak rehatkan badan..puasa sunat, qado solat2 yg lepas, mengaji..
Poyo la remy ni..{:run
Quote sukacactus 11-6-2020 01:56 PM
Contoh lelaki gedik
Hurhhh!!! Mcm dia sorang je single
Mcm dia sorang je stress
Quote kucingitam 11-6-2020 02:08 PM
@Kurex kan ade, abg wemy ooi..
Quote dejure 11-6-2020 02:08 PM
Jiddin replied at 11-6-2020 01:36 PM
Apa yang hang nak sebenarnya, dik?
Punya ramai pompuan minat kat hang.
Hang pun siap bertunang tp  ...

Frust dgn mira filzah..org tu smp putus tunang menanti si mira sekali mira pandang org lain.
Quote syadq 11-6-2020 02:10 PM
Ko buat je la ig live melayan peminat.
Quote boyagombak 11-6-2020 02:11 PM
Cissss aku ingatkan aku sorang jer yg rasa terlalu depressed & lonely cakap dgn anak2 bulus dan dinding masa pkp aritu... Hanya mampu berwasap dgn kawan2, berface book ikuti perkembangan masa.. Nak call pun org lain terutama yg dah ada family sibuk layan kerenah anak bini..
Rupa2nya ada retis yg ensem pun tension dan depressed sbb x ada teman serumah...
Wow memang boleh jd gila woiii mcm ddk penjara shj... Aku ni tumpang dengar hilai tawa jerit pekik anak2 jiran sambil ketung ketang bunyi piuk kuali nk masak trutama bulan puasa... Time dkt nk iftar tu memang sayu pilu apo ko nak makan ha nk g bazar pun bazar x ado.. Makan mee gie, skut ping pong, roti ajerlah sbgai menu terakhir... Sedih wooo dgr bau jiran masak sedap2, engkau plk makan mee gie
Huaaaaaaaaaarrrghhhhhhhhhhhh
Quote Kurex 11-6-2020 02:13 PM
kucingitam replied at 11-6-2020 02:08 PM
@Kurex kan ade, abg wemy ooi..

bang wemy... kurex sentiasa ada je dekat sini.. tak pergi mana pun masa pkp.. habis kerja terus balik rumah seperti yg dijanjikan... bang wemy kata ok je kalau takde kurex sepanjang pkp asalkan kurex selamat.. tup2 bang wemy murung kesunyian... takpe.. malam ni malam keramat bang wemy

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053035 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top