CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarah Hilderbrand Dipukau, Tak Sedar Buat Pindahan Duit Di ATM

12-6-2020 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17864| Komen: 90

Pelakon Sarah Hildebrand mendedahkan menjadi mangsa scammer yang menyamar kononnya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada Selasa lalu.

Harian Metro melaporkan, penipuan itu menyebabkan aktres berusia 30 tahun berkenaan kerugian ribuan ringgit.


Berkongsi pengalamannya, Sarah berkata dia mendapat panggilan daripada 'wakil LHDN' ketika berada di rumah jam 10 pagi.


Foto: IG Sarah

"Selalunya panggilan begitu daripada scammer dan saya tak akan melayan. Tapi entah bagaimana kali ini saya boleh terkena.

"Suami (Otto Gillen) ada tapi sedang tidur. Mula-mulanya, saya tak rasa pun kena pukau. Individu itu seperti bermain dengan psikologi dan kata saya ada cukai tertunggak. 

"Apabila saya mempertikaikan, dia sebut nama syarikat yang katanya di bawah nama saya yang mempunyai tunggakan cukai. 


"Saya kata tak kenal syarikat itu dan tiada kena mengena. Saya bertegas tak nak bayar dan dia kata kalau bukan syarikat saya, saya kena buat laporan polis," katanya.

Katanya, dia seolah-olah dipukau selepas panggilan disambungkan kepada 'pegawai polis'.

"Dia buat saya rasa takut. Dari situ saya sendiri sukar mengagak bila masanya dipukau atau sebaliknya. Yang nyata, saya memang terikut-ikut kemahuannya. Segala-galanya berlaku dengan pantas dan dia buat saya tertekan. 

"Dia marah-marah saya hingga buat saya jadi takut. Proses perbualan kami selesai sepenuhnya jam 1.30 tengah hari. Boleh dikatakan agak lama juga," katanya yang pelik kerana biasanya dia akan meletakkan telefon jika dimarahi sedekimian oleh sesiapapun.

Sarah juga mendakawa berada dalam keadaan tidak sedar apabila menuruti semua kehendak mereka hingga membuat pindahan wang menggunakan mesin ATM  sendirian tanpa memaklumkan kepada suami.




"Bagi saya jumlah kerugian ini agak banyak. Susah payah saya berlakon sana sini, akhirnya hilang begitu saja. Memang menyesal, tapi apa boleh buat. Saya pun dah buat laporan polis. Kata mereka sukar untuk dapat wang kembali. 

"Tapi saya tak kisah semua itu asalkan mereka dapat ditangkap dan orang lain tak jadi mangsa seterusnya," katanya.  - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 12-6-2020 11:30 AM
bodoh juga minah ni
Quote tikusmontok 12-6-2020 11:41 AM
Ofismate my sister pernah kena..mcm kena pukau p atm transfer duit..padahal dia npk kwn2 ofis tp mcm tak daya nak mintak tolong...tau2 dah transfer belasan ribu gak.
Quote dewi_rina 12-6-2020 11:50 AM
Rasa tu bukan pukau, tapi lebih kepada perasaan takut
Quote royaldanish 12-6-2020 11:52 AM
Boleh ke kena pukau dari phone? Ingatkan pukau ni face to fave atau kena sentuh atau kena tiup
Quote fofuler 12-6-2020 12:00 PM
Kalau dengar memang tak logik kita boleh ikut je kehendak scammer tu, tapi siapa yang dah pernah terkena je paham perasaan tu. Pukau kan dia ada baca2 macam sihir juga, so nanti kita ikut je cakap dia. Kesian siapa yang dah terkena dan mintak kita dijauhkan juga
Quote beruangcomel 12-6-2020 12:01 PM
Edited by beruangcomel at 12-6-2020 12:03 PM

mcm aku, atas nasihat kwn2, diaorang suruh download apps truecaller... bila dapat call dari nombor2 yg tak kenal, akan kuarlah nama2 mengarut kat situ... then, pk sendiri lah, nak jwb ke tak....
Quote arm_band 12-6-2020 01:02 PM
yelah pukau dek... dah letak phone pun terus gi atm sebab masih dipukau kan. pas balik rumah tu terus hilang pukau ehh..... iyer kaka purrchaya dekkk

aku pun penah dapat call scammer ni. walaupun aku letak phone and gelak2 masa nak elak bagi no CVV tu, lepas hang up tu baru perasan aku memang berdebar2 sebenarnya. so rasa takut tu memang ada, tapi terpulang ko pandai kawal perasaan ke tidak, terikut2 cakap scammer tu ke tidak...

yelah berapa kerat je kan yang mampu mengakui kebodohan sendiri sebab tertipu dengan scammer ye dok
Quote joyahglam 12-6-2020 01:16 PM
kesian.. moga diganti dengan rezki yang lebih murah. aamiin
Quote juliahanif 12-6-2020 01:20 PM
Edited by juliahanif at 12-6-2020 01:24 PM

Xde maknanya pukau.....iolls dlu mula2 hmpr tkena jg..cara mrk bcakap tu mmg sebijik copy mcm org bank. Dipendekkan cter aku mcm blh tfikir len mcm je ni offer pakej pcutian thru fon call kan..spai tang part mtk no card atm,iolls bg no cv blkg yg silap..dia ckp cik..no ni slh..kami xblh deduct duit..iolls trs ltk fon trs g bank. Mujur slmt duit. Next weeknya,org bank negara call. Next 2 week nya plak cubaan scammer call lg promote insurans,iolls charotss je..
Sinetron scammer ni blanjutan la..spai btekak la...mcm2 taktik mrk guna. Jgnlah tlepas ckp wlu 1 info,tbagi no fon sesape..mrk akn call.
Pnh jg dpt sms ckp iolls bhutang bil TM Streamyx spai 7k. Pdhl iolls dh pkai Unifi. Pelik plak..kenapa slps 5thn bru ckp iolls ade hutang..pdhl iolls dh setel last bill TM b4 convert ke Unifi. X memasal iolls check blk rekod on9 transaction dlm m2u,comparekan no acc bagai. Hubby ckp,klu betul bil ttunggak byk sah2 kna block bagai...dia nasihat jgn panik..tu punca scammer sng nk ngap duit...
Bl iolls recall blk dlm byk2 panggilan scammer yg iolls trm semuanya cara mrk call bcakap tu je confident giler..pdai mrk imitate cara banker ckp. Bila panik + takut,pukau jg difitnah.
Kwn iolls sorg bye2 dh duit 50k ke scammer kes yg scammer menyamar polis call naik no balai polis tu.
iolls & kwn sempat tegur diam ape tu kusyuk dgr fon smbl nk transfer duit kat lappy..dia suh weolls diam..skali nmpk muka dia cuak. Bl tanya dh bjaya kayakan scammer. Dia tnya blk..kena pukau ke tu? Xde maknanya pukau..ko yg x alert dgn isu semasa kat tv bagai..org tegur ko suh shhh
Quote boojaat 12-6-2020 01:24 PM
Rasanya bkn kena pukau kot... Mmg takut sebab bercakap dgn polis... I pernah jumpa org d atm, sibuk dgr arahan dr hp soh dia tuka no hp d atm.. cpt2 i tegur dia tp still insist xnak dgr.. lepas tu masih lagi ikut arahan dr hp tu.. i terus bgtau dia, just hang up the phone.. baru dia citer apa yg berlaku..totally scammer yg call dia
Quote bintangct 12-6-2020 01:41 PM
Iols skg ni tak berani nk angkat nombr tak kenal & no pelik2.. ada aritu dpt no +606015xxxx
Biarkan aje Kalau urgent ke apa ke better wasap or mesej je kan.. iols takkan return call
Quote kukukatablog 12-6-2020 01:42 PM
ak memula keje dulu pon orang insuran call tru phone,
aku selamba jer bagi semua detail, bila fikir balik bodohnya....,
nasib xde deduct apa2 time tuh.....
Quote anakkerengga 12-6-2020 01:46 PM
Aku pernah kena sebiji mcm sarah ni kena... tp alhamdulillah... aku sedar itu scammer, dia ckp dr lhdn. Aku ckp aku tak pernah daftar mana2 company. Lps tu aku minta nombor ssm company tu.. terkial2 dia. Lama jg aku tunggu baru dia bg no ssm. Lps tu aku ckp nak buat repot polis. Dia ckp kena buat repot dkt perlis sbb company tu dkt perlis. Lps tu aku ckp skrg ni zmn IT semua pakai online.. aku duk kl pun blh je repot dkt kl. lps tu aku ckp.. aku nak buat repot polis psl lhdn skali.  Dia pun senyap.. aku check no ssm yg dia bg tu tak wujud pun... kdg2 scammer ni dia bukannya bijak sgt pun... kita yg kena perangkap dia balik..
Quote izat123 12-6-2020 01:47 PM
Pukau ni kalau ikut sains dia main dengan orang punya subconcious. Sebab tu kalau kes kes yang konon kena pukau kat kl sentral orang mintak derma duit siap bagi 100 200 semua tu masa otak mangsa tengah tak fokus contohnya tengah main phone, orang tegur. Kalau kes sarah ni dia baru bangun tidur kot otak dia pun belum bangun lagi so senang lah kena manipulate. From there bila sah takut semua jadi ikut je
Quote tagas 12-6-2020 01:56 PM
takde makne nye pukau

tu suma psiko

aku cukup suka kalo scammer ni call

slalu aku melayan psiko kan balik

dtg jelah umah tangkap aku skang jgk

kalo taw umah aku

ba** lahna* si** suma kluar

aku tak kan letak phone hujung2 depa yg off phone
Quote Esel768 12-6-2020 01:57 PM
beruangcomel replied at 12-6-2020 12:01 PM
mcm aku, atas nasihat kwn2, diaorang suruh download apps truecaller... bila dapat call dari nombor2  ...

Yeah.. Ai pun install truecaller ni.. Hari tu ada 1 number ni dok call bnyk kali.. Sbb dh tulis scammer, so ai x angkat.. Rupa2nya air asia call nk bgtau flight reschedule
Quote manjalara_01 12-6-2020 02:16 PM
Esel768 replied at 12-6-2020 01:57 PM
Yeah.. Ai pun install truecaller ni.. Hari tu ada 1 number ni dok call bnyk kali.. Sbb dh tulis sc ...

Mcm kelakar pulak hehehe.

Sebelum ni i pun slalu dpt sms calling dari a few numbers. Ade dlm 5 ke 6 no hp yg berbeza. Semua cari norashikin???? Last i blok semua no. Yg last skali i jwb die tanya i norashikin bt bla3 ke i kata bukan. No tu pun i blok.

Last skali kluar sms gini
DCA-AIQON IKHLAS (AEON): NOORHASIKIN BINTI MOHD DIAH, tawaran pembayaran bulanan selama 24 bulan (maksimum) mengikut terma & syarat. Sila hubungi pegawai kami AMIRAHH di 0378900019 / 016-372 3433 dengan segera untuk mengemaskini status akaun pembiayaan anda. TK
Quote bukannonones 12-6-2020 02:23 PM
Bila masa dia kahwin... tertinggal kereta api lah aku
Quote bukannonones 12-6-2020 02:25 PM
manjalara_01 replied at 12-6-2020 02:16 PM
Mcm kelakar pulak hehehe.

Sebelum ni i pun slalu dpt sms calling dari a few numbers. Ade dlm 5 ...

Ni laki aku selalu kena. Asyik org call cari sorang makhluk tuhan ni. Rasa nya makhluk tu hutang dgn AEON kredit and phone no laki aku ialah phone no lama yg digunakan makhluk tu.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051658 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top