Najib menerusi hantaran di Facebooknya menyindir kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menubuhkan Parti Apa Aku Dapat (Parti AAD). Najib menamakan parti tersebut sebagai Parti Anak-Anak Daddy yang memiliki akronim sama dengan Parti AAD Dr Mahathir. Dr Mahathir menerusi blognya, memaklumkan cadangannya untuk menubuhkan sebuah parti politik selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpecah dua. "Dahulu, saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua bertujuan memperkaya orang Melayu yang belum dapat," tulisnya.
Dr Mahathir berkata demikian selepas menyelar Kerajaan Perikatan Nasional sebagai Kerajaan Muhyiddin kerana ia sebenarnya tidak wujud dan tidak pernah diadakan acara pelancaran parti. "Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional," ujarnya. - CARI
|
akies replied at 12-6-2020 01:32 PM
eloklah kena perli.
ADVERTISEMENT