CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Lepas Kantoi Meniru Ketika Peperiksaan

15-6-2020 01:00 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4549| Komen: 17|Original author: Oleh: LilRose

Seorang penuntut tahun dua sebuah universiti di China membunuh diri selepas tertangkap meniru ketika peperiksaan.

Penuntut pengajian teknologi komputer bernama Shi, 20, dilaporkan kantoi sedang melihat telefon pintarnya di bawah meja ketika peperiksaan jam 2.30 petang pada 6 Jun lalu.



Kredit foto: Shanghaiist

Shi meninggalkan dewan peperiksaan sekitar 20 minit kemudian selepas kertas soalannya dirampas dan ditemui mati melompat dari sebuah bangunan di kampus berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Sejurus sebelum membunuh diri, Shi mengirimkan pesanan ringkas terakhir kepada ibunya.

"Maaf, ibu tak perlu risau tentang saya," tulisnya.


Kredit foto: Shanghaiist


Keesokan harinya, pihak universiti mengumumkan insiden berkenaan menerusi laman sosial dengan memaklumkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan mangsa dimarahi pengawas peperiksaan, mahupun berlaku sebarang pertengkaran mulut antara mereka.

Menurut seorang warganet di Sina Weibo yang dipercayai sepupu mangsa mendakwa Shi diperlakukan tidak adil oleh pihak universiti kerana hanya kertas peperiksaannya dirampas sedangkan seorang lagi calon peperiksaan dibiarkan terlepas selepas kantoi meniru.

"Kami mengakui Shi bersalah kerana meniru ketika peperiksaan, namun ia tidak bermakna pihak universiti boleh lepas tangan berhubung insiden ini.

"Kami masih tertanya-tanya tekanan apa yang dialami Shi dalam masa 20 minit hingga membuat dia mengambil keputusan membunuh diri dan sehingga kini pihak universiti belum memberi sebarang penjelasan," kata Zhang kepada Global Times.

Sementara itu, insiden serupa berlaku di India juga hari Sabtu waktu tempatan.


Kredit foto: New Indian Express

Pihak universiti menjelaskan kepada media bahawa penuntut wanita jurusan perdagangan, Anju P Shaji, 20, tertangkap meniru dengan membawa masuk nota ke dalam dewan peperiksaan.

New Indian Express melaporkan mangsa hilang pada 6 Jun sebelum mayatnya ditemui pada tengah hari keesokannya dalam Sungai Meenachil iaitu empat kilometer dari jambatan Cherpungal, tempat beg tangan dan kasutnya ditemui.

Bapa mangsa bagaimanapun menafikan anaknya meniru ketika peperiksaan dan menyalahkan pihak universiti kerana memalukan Anju di hadapan calon peperiksaan lain hingga menyebabkan anaknya membunuh diri. - CARI
1

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-6-2020 01:24 PM
mendonia betul dua2 leluhur ni
Quote Artemesiaa 15-6-2020 01:30 PM
Dah kantoi baru nak rasa bersalah sampai sanggup bunuh diri satu tindakan yang sia2.  
Quote sukacactus 15-6-2020 01:46 PM
Seperti biasa parents & family masih in denial, ank2 diorang baik katanya
Quote bluebutter 15-6-2020 01:46 PM
Kesiannya.
Quote MissLana 15-6-2020 01:53 PM
muda mudi skrg lemah akalnya. takut berhadapan dgn realiti kah?  maybe parents patut muhasabahhhh
Quote Anne.W 15-6-2020 01:57 PM
Lorr.. In the first place klu dh tahu ade potensi nk kantoi, kenapa buat perbuatan meniru tu?

Ni jenis play victim smpi ke suda.. Pandai buat pandai la tanggung. Aiyooo.lembbikkkkk
Quote awenda507 15-6-2020 02:34 PM
Dh mmg salah kau meniru. Pastu bunuh diri pulak. Haihh ceteknya pemikira kau dek
Quote Supersirap 15-6-2020 02:48 PM
Murahnya nilai harga sekeping nyawa
Quote husna_amal 15-6-2020 02:50 PM
Kenapalah mudah sangat ambil keputusan untuk bunuh diri.
Quote awanysss 15-6-2020 03:01 PM
aku berani meniru pun setakat tanya2 kawan je.
atleast takde bukti nak didakwa hihi
tp berani ek meniru guna henpon, tak takut ke..
maybe bunuh diri sbb rasa malu+bersalah kat parents kot..
Quote akies 15-6-2020 03:13 PM
Tak sempat study ke apa ni sampai sanggup nak meniru bagai. Dh kantoi terus bunuh diri.
Takut kena kecam.

Iols dulu masa belajar di ipta di selatan nun,
ada cina jenis camni.
Pointer tkde la rendah mana tp dia dipulaukan kawan2 sebangsa. Kemurungan.
Last2 bunuh diri dalam bilik.
Kuang asam betul.
Bunuhla diri kt tmpt lain.
Hostel kitaorg juga jd mangsa
Quote aleesyasofia 15-6-2020 05:18 PM
selalunya yg meniru ni suka play victim.. xsngaja bawak notalah.. byk nota tp, xtgk pon.. mcm2 ler peragai org meniru ni..
Quote rosli_nurizzati 15-6-2020 09:55 PM
punca bunuh diri tu sbb meniru just a tip of the iceberg ja... dia meniru sbb tekanan keluarga agaknya.. . nak anak 100% semata mata.. mostly kita tgk kat sini pun sama leluhur wuhan itu, letak harapan tggi sgt kat anak padahal bukan cerdik mana pun anak.. tk mau terima hakikat kekurangan anak.. force amek course yg tak leh carry.. last2 resort to meniru and plagiat assignment.. kalau depress sgt, bunuh diri dr mengadap mak pak dgn result yg teruk.. kalau berjaya kerja pun, ada kes bunuh diri sbb tekanan kerja.. teringat kes budak cina baru kerja dgn bosch terjun bangunan  sbb stress kerja..
Quote Hannah.Montana 15-6-2020 10:25 PM
penting ke ???????
Quote angelofish 15-6-2020 11:18 PM
dah agak dah
Quote Tinot7 16-6-2020 12:24 AM
Takziah kpd keluarga.
Toksah la meniru. Kalau tak tau, goreng je mcm bebudak kat sini. Pastikan bawak kicap, sos, minyak dan garam secukupnya.
Quote missyL 16-6-2020 01:32 AM
Ala rileks la. Meniru je pon. Thun dpn repeat je la

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041418 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top