Lelaki gagal mengawal diri selepas tidak tahan dimarahi dan dimaki hingga membunuh bapanya dalam kejadian di Kampung Ulu Taburi, Lahad Datu, semalam. Harian Metro melaporkan, Talasai Kuyoh, 62, ditemui mati jam 12 tengah hari di kawasan kebun sawit depan rumah miliknya.
Siasatan mendapati, sebelum kejadian mangsa mengarahkan anaknya berusia 30 tahun itu melakukan beberapa tugasan termasuk membeli batu jalan untuk digunakan di kebun mereka. "Sebaik selesai melakukan tugasan yang diarahkan, suspek dikatakan terus balik ke rumah dan memasak untuk bapanya. "Namun ketika sedang memasak, mangsa yang sedang minum minuman keras memanggil suspek ke bawah rumah dan berlaku perselisihan faham antara mereka," kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor. Suspek kemudian melarikan diri ke arah lori di hadapan rumah untuk mengambil besi pengangkat sawit bagi mempertahankan diri selepas mangsa melibas parang ke arahnya.
"Namun, si mati terus mengejar suspek sambil melibas parang dan suspek pula cuba mengelak sambil menghayunkan besi pengangkut sawit sehingga terkena kepala dan beberapa bahagian badan mangsa. "Akibat beberapa kali dipukul, mangsa akhirnya terjatuh ke arah kawasan bawah bukit, manakala suspek terus melarikan diri ke rumah ibu saudara isterinya untuk menceritakan kejadian berkenaan. "Pada 2 petang, suspek kemudiannya ditahan ketua kampung dan beberapa penduduk sebelum diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Tungku," katanya. Tambahnya, motif kejadian berpunca akibat salah faham antara suspek dengan mangsa yang sering memarahi dan memaki anaknya apabila mabuk. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan . - CARI
|
tomitomes replied at 16-6-2020 11:19 AM
Kau defend diri kau smp mati kau belasah bapak kau? Tapi mendapatlah bapaknya pun
harizs replied at 16-6-2020 01:32 PM
ketuk jer la dua2 tempurung lutut bagi lumpuh. x perlu sampai membunuh
harizs replied at 16-6-2020 01:32 PM
ketuk jer la dua2 tempurung lutut bagi lumpuh. x perlu sampai membunuh
Kurex: Siapa kata arak ni tak bahaya????
ADVERTISEMENT