Ruhainies bagi nasihat, kalau nak hidup berkat janganlah berhutang atau terlibat dalam skim menipu orang ramai. "Satu perkara yang buat kita susah nak berjaya adalah sebab berhutang dengan orang. Jangan berhutang lepas itu susah nak bayar.
"Janganlah pelik pula bila segala usaha susah nak berhasil. Duit banyak pun asyik rasa tak cukup. Kerja pun asyik tak menjadi.
"Langsaikanlah hutang sesama manusia di dunia ini. Asyik menunjuk sana sini tapi hutang orang tak nak bayar. 'Scam' orang sana sini lepas itu menunjuk. "Carilah kerja yang halal. Baru berkat," katanya kepada Harian Metro.
Selain itu, amalan bersedekah juga tidak harus diketepikan. "Dalam dunia ini, kalau nak berjaya mudah. Gembirakan ibu bapa dan banyakkan bersedekah," tambahnya. Sebelum itu Ruhainies tentang kisah skim penipuan yang dibongkar di Twitter. Menurut pelakon ini dia sedih dengan anak muda yang terbabit dalam skim sebegitu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|