"Eina tak boleh nak balas semua, sebab kalau Eina reply siapa pula nak masak? Minta maaf sangat-sangat." Permintaan maaf Datin Paduka Eina Azman itu adalah rentetan dia tidak menang tangan melayani permintaan peminatnya menerusi bisnes makanan 'It’s Done by Eina Azman’. Maklumlah, bermula dengan hanya hobi memasak masakan kampung yang dikongsi menerusi Instagram, kini ibu beranak dua itu memenuhi permintaan peminat yang mahu merasa air tangannya pula. “Selepas penat memasak, akhirnya kecundang juga. Syukur Alhamdullilah rezeki Allah bagi terlalu banyak sampai tak menang tangan." Menurut Eina lagi, dia sedih tidak dapat menerima semua tempahan kerana terlalu banyak tempahan masuk serentak. "Tapi, yang sedihnya Eina tak dapat nak terima semua. Terlalu ramai yang WhatsApp sampai Eina tak dapat nak amik order. Sebab bayangkan setiap hari mesej masuk beratus-ratus non stop sampai 4 ke 5 pagi. Ada juga yang marah-marah Eina dan staff." Difahamkan, bisnes makanan bermula sejak Ramadan lalu. Jadi, Eina masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi ini dan berusaha memberikan yang terbaik kepada semua. Setakat ini, akaun masakan yang mempunyai hampir 40,000 pengikut menjual menu Asam Laksa, Sambal Tempoyak Ulam Kayu (9 Jenis Ulam) dan Sambal Jering Bilis. Wah! Lemah lembut betul Eina meminta peminatnya memahami, siap minta maaf berkali-kali sebab tak sempat siapkan order. Jadi, kita yang mendengarnya pun sejuk hati. Ada yang pernah merasa air tangan Eina Azman? Mesti sedap, kan? - CARI.
|
barfi: Never liked anything about eina..Tapi anak dara dia cantik sgt.. tambah2 dalam video wipeitchallenge tu..
amyza82 replied at 22-6-2020 08:24 AM
pernah baca forumer komplen, laksa datin 15 hinggit tapi manis
bedahmulutpuaka replied at 22-6-2020 04:27 PM
Laksa apa yg sampai 15 hinggir tu..guna ikan paus ke hape
ADVERTISEMENT