Lama tidak terpalit kontroversi, namun sekali lagi Norjuma Habib seakan-akan menjolok sarang tebuan. Menerusi Facebook Aidijuma Scarf, Juma dilihat menggunakan ayat yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet apabila menyebut "Bodoh macam mana sekalipun" dengan mengaitkan ahli politik dan penjawat awam yang juga dianggap sengaja dicipta demi meraih perhatian. Adakah ianya luahan hati Juma sendiri atau kesilapan kaki tangannya atau memang sengaja mahu mencipta kontroversi supaya terus menjadi sebutan? Dengan kapsyen yang sengaja mengundang perhatian, halaman itu turut meletakkan tanda pagar pegawai pentadbir seperti Bank Negara, Jabatan Audit Negara serta pekerjaan seperti peguam dan polis, ia seolah-olah menyatakan yang Malaysia adalah negara korupsi. Biarpun diakhiri dengan ayat "We the multimillion entrepreneur akan tetap membantu rakyat dan ekonomi!" ia telah pun mengguris hati rakyat Malaysia. Tidak hanya itu, harga yang diletakkan juga meragukan. Tiada simbol Ringgit Malaysia, sebaliknya $ pun turut dibangkitkan warganet. Walaupun ada yang menyatakan ianya adalah untuk pasaran Brunei, tetapi semolek-moleknya perlu diletakkan nota kaki bagi mengelakkan salah faham. Tidak hanya di Facebook, laman media sosial Twitter turut dihujani kehairanan dengan kontroversi seperti ini. Katanya, sebagai teknik melakukan produk, betul ke? Dasyat juga teknik pemasaran poduk sekarang ya, sampai mencabar undang-undang. Apapun, diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Masalah politik memang menjengkelkan, namun tidak wajar orang bisnes menjadikan ia sebagai satu peluang mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak. - CARI |
ADVERTISEMENT