CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Boleh Lah Sampai Macam Tu" - Manjanya! Fazura Tak Lepas Fattah Keluar Shooting

25-6-2020 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26866| Komen: 120

"Apabila Faz (Fazura) hamil, dia punya manja, siap cakap kalau boleh tak nak saya pergi shooting."


Kredit foto: IG Fazura


Alahai, manja betul Fazura ketika hamilkan cahaya mata sulungnya dengan Fattah Amin.

Dijangka melahirkan pada Oktober ini, Fattah, 30, meluahkan rasa terujanya untuk menjadi bapa.

"Saya teruja sebab perasaan jadi seorang bapa tu saya tak pernah alami. Apabila baby lahir, dukung anak saya sendiri.

"Adik saya pun baru melahirkan, tapi perasaan pegang dan dukung baby dia tu tak sama. Itu yang saya nantikan," katanya kepada mStar Online.



Siapa tak suka kalau isteri tersayang manja dan asyik mahu 'berkepit'. Namun, Fattah mengakui tidak boleh terlalu 'melayan' demi mencari rezeki.

"Saya kata tak boleh la sampai macam tu. Nasib baik Faz memahami," katanya.

Dalam masa sama, pasangan itu enggan mendedahkan jantina anak mereka. Nak buat kejutan, katanya.

"Surprise! Nanti kami akan beritahu. Biar peminat rasa teruja bila diumumkan nanti," ujarnya.



Bagaimanapun, Fattah akui dia dan isteri tidak kisah dapat anak lelaki mahupun perempuan. Apa yang penting, bayi itu sempurna dan sihat seperti diharapkan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • aderaderker

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sokmogitu 25-6-2020 11:12 AM
semoga baik2 je lah kat pasangan ni. Fattah nampak jujur dgn Faz. Kalau Faz x appreciate jugak tak tahulah.

Fattah baru bukak francise Meat Cartel semalam. Not bad dia ni berbisnes
Quote rotijohanz 25-6-2020 11:15 AM
Edited by rotijohanz at 25-6-2020 11:41 AM
sokmogitu replied at 25-6-2020 11:12 AM
semoga baik2 je lah kat pasangan ni. Fattah nampak jujur dgn Faz. Kalau Faz x appreciate jugak tak t ...

nape ckp cmtu uols?.......
jengjengjeng


zassss iols masuk kalau ader psl pattjura
walaupun statement pajura..........
Quote Kurex 25-6-2020 11:25 AM
tajuk berita pasangan pajura patah

- pajura terpikat kesungguhan patah
- pajura terima lamaran patah
- pajura kawen patah
- pajura kata rindu patah
- pajura kata patah sweet
- pajura kagum patah pandai masak
- pajura usaha utk lahirkan zuriat patah
- pajura bersyokor hamil anak patah
- pajura idam anak pompuan, patah idam anak jantan
- pajura patah dah beli baju anak berlainan jantina
- pajura taknak scan jantina anak lepas dinasihati patah
- pajura tak bagi patah shooting
- pajura rasakan kelahiran dalam masa terdekat
- pajura nak lahirkan anak dengan teknik bersalin dalam lumpur
- pajura lega dapat anak pompuan, patah bersyokor
- pajura cerita pengalaman bersalin, patah simpati
- pajura dan patah belum fikir nama anak
- pajura dan patah nak beri nama anak yg ada makna
- pajura patah kagum anak mula senyum
- pajura patah kagun anak boleh sebut ekk ekkk ekkkkk
- pajura belum fikir masa depan anak, patah nak anak jadi doktor
- pajura patah tak fikir jual anak
- pajura patah kagum anak pandai beraksi depan kamera
- pajura patah tak kisah anak masuk bidang lakonan dan nyanyian
- VIDEO CIKCAP PATAH TERSEBAR, PAJURA KATA KENAL PATAH, PATAH TAK MACAM TU
Quote qwerty02 25-6-2020 11:27 AM
sokmogitu replied at 25-6-2020 11:12 AM
semoga baik2 je lah kat pasangan ni. Fattah nampak jujur dgn Faz. Kalau Faz x appreciate jugak tak t ...

I nampak diorg loving, appreciate dan menghormati each other dan juga both families. Suka tgk bila ada apa2 event or keraian apa2, both sides of families akan meraikan bersama
Quote mizz_fatyn 25-6-2020 11:33 AM
suke tengok couple ni
Quote qqOfficial 25-6-2020 11:35 AM
kalo patah keluar statement mengakui diri dia hensem then p buat ujian covid.....acik2 forum rengsekkkk tak???   huhuuu....
Quote puanbintang 25-6-2020 11:39 AM
suka cara couple ni layan dua2 belah family...family faz dengan family fattah pun nampak selesa, family fattah dengan family faz pun nampak tak kekok. jaga satu sama lain elok - elok and hopefully, dirong akan kekal berkasih sayang sampai bila - bila pun lah...
Quote Themilo 25-6-2020 11:39 AM
Kurex replied at 25-6-2020 03:25 AM
tajuk berita pasangan pajura patah

- pajura terpikat kesungguhan patah

tapi meols suka tengak abang tah dalam drama tv3 pukul 7 tu.. sweet sangat.. bahagianya hidup..
Quote friedfishsoup 25-6-2020 11:41 AM
Please don't report posts unnecessarily.
Quote sarah82 25-6-2020 11:46 AM
Aku rasa depa dpt anak lelaki.. Berseri sangat si fazura ni.. Kata org tua2 la.

Apa pun...tengok hbgn depa.. Aku rasa happy..
Quote Kurex 25-6-2020 11:49 AM
Iols minat fazura sebab dia sangat humble
Quote Citter 25-6-2020 11:51 AM
rotijohanz replied at 25-6-2020 11:15 AM
nape ckp cmtu uols?.......
jengjengjeng


Ada ka statement faz...yg kat atas tu statement fattah..wahai peminat fattah
Quote terpaling 25-6-2020 11:54 AM
baru 30 ka si patah ni?? aku ingat dah 32, 33 gitu..
Quote matchstick 25-6-2020 12:09 PM
Kurex replied at 25-6-2020 11:25 AM
tajuk berita pasangan pajura patah

- pajura terpikat kesungguhan patah

alah kurex jeles la teww.

Quote husna_amal 25-6-2020 12:31 PM
Sejak bercinta sampai sekarang ni memang selalu kongsi cerita kemesraan fatzura ni ya.
Quote Tinot7 25-6-2020 12:36 PM
Kurex replied at 25-6-2020 11:25 AM
tajuk berita pasangan pajura patah

- pajura terpikat kesungguhan patah

Tgk je la nnt.. betui ka dak
Quote Rogue98 25-6-2020 12:39 PM
Walaupun aku nak diaorang dapat anak perempuan tapi rasa mcm anak lelaki jer kan. Apa2 pun harap semua nye selamat and baby sihat and cute mcm mak ayah dia.
Quote rosli_nurizzati 25-6-2020 01:03 PM
what i like about them, depa ni keep their couple appearance minimal.. takdak nk upload berkepit kepit... i mmg minat fazura dr dulu.. hahhaa.. dr zaman dia mengacara rancangan remaja kat rtm ka apa... anyway nmpak restaurant meat cartel mcm menarik.. kalau balik kl, mcm nak pergi try..  
Quote virgocircus 25-6-2020 01:11 PM
Semoga dipermudahkan urusan kome.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.075065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top