CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Pengasas Dnars Ugut Mahu Bunuh Bapa Tiri?

1-7-2020 03:25 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 126868| Komen: 348|Original author: Oleh: kp5x

Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengugut mahu menyebabkan kematian terhadap bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp.


Memetik Harian Metro, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20, membuat pengakuan itu hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.


Iqbar Hakim - Kredit foto: mStar

Tertuduh lebih dikenali sebagai Iqbar Hakim didakwa menghantar kiriman WhatsApp berbaur ugutan berbunyi "Papa ingat deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako" terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43.

Kesalahan itu dilakukan jam 8.45 malam pada 15 Jun lalu di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang. Jika disabitkan kesalahan, Iqbar boleh berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai. - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Afs@rah

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 1-7-2020 02:53 PM
Berminat nak tau sbb apa dia marah kat pak tiri dia tu
Quote Cumikucingku 1-7-2020 02:56 PM
Jarang nak jumpe anak masih berbaik dgn ibu/bapa tiri lepas ibu/bapa kandung meninggal....
Quote edoraixora 1-7-2020 03:00 PM
sebab gapo pulok tu
Quote intanazlynna 1-7-2020 03:02 PM
nak tahu juga sebab apa...
Quote chandrahusin 1-7-2020 03:02 PM
“Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako”.

Kenapa ckp mcm ni?

mcm penah baca yg anak pempuan arwah
mmg baik betul dgn ayah tiri dia ni
tak bagi kawin bagai tak silap
Quote prettyuglybabe 1-7-2020 03:03 PM
ni yang anak pompuan dia ala-ala nak ganti tempat mak dia kan..
jatuh cinta dengan bapak tiri ke apa sampai nak ugut-ugut..
Quote Suchi 1-7-2020 03:03 PM
Edited by Suchi at 1-7-2020 03:09 PM
edoraixora replied at 1-7-2020 03:00 PM
sebab gapo pulok tu


Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk ig dah selamat hide semua post dan private ig nya.
Tapi taktaula aen syahera lain ke apa.

Semakin menarik drama pemeli ni patutnya bapak tiri dia tu dulu pun kena dakwa sbb bawak keta sampai eksiden n menyebabkan kematian bini dia.
Quote exclusive_vvip 1-7-2020 03:03 PM
dah napa pulak ni? ko gi antar ugutan camtu, lagi syok la pak tiri ko..leh dia guna utk dakwa ko..penat2 arwah mak bina empayar bisnes..kang x memasal pak tiri sebat abis..
Quote miznieda 1-7-2020 03:09 PM
sebab katanya bapak tiri dah kawen baru...
mesti laa adik heols yg konon2 kata sheols pengubat rindu tu frust...
kan kt msg tu tulis kalo jadi ape2 kt adik heols...heols nk pancung sume....
Quote edoraixora 1-7-2020 03:11 PM
Suchi replied at 1-7-2020 03:03 PM
Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk i ...

amboiiii cepatnya carik pengganti...duda kaya berebutlah masuk line, muda pulak tu.
cuci kaki lah bini baru, patut anaknya marah sangat
Quote Suchi 1-7-2020 03:17 PM
edoraixora replied at 1-7-2020 03:11 PM
amboiiii cepatnya carik pengganti...duda kaya berebutlah masuk line, muda pulak tu.
cuci kaki lah ...

Kalau ikut kata netizen bini baru tu pun founder product gak set2 jutawan gaklaa tp muda comel lote
Quote she 1-7-2020 03:20 PM
Eksiden sbb microsleep

Tapi lepas eksiden gigih telan pil tidur sebab tak boleh lupa arwah bini

Alih2 nk kawen baru

Pak tiri dia ni dulu asalnya pekerja arwah mak dia ke?
Quote manehnya 1-7-2020 03:20 PM
Ni baru drama melayu... Perg x Saba nak tahu lebih lanjut...

Pak tiri muda ngat2... Ptt la kawin lagi...

Ms br kematian arwah mcm ngan x lupa sgt, mcm syg sgt... Tuptup kaweng
Quote kp5x 1-7-2020 03:25 PM
Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengugut mahu menyebabkan kematian terhadap bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp.


Memetik Harian Metro, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20, membuat pengakuan itu hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.






Iqbar Hakim - Kredit foto: mStar






Tertuduh lebih dikenali sebagai Iqbar Hakim didakwa menghantar kiriman WhatsApp berbaur ugutan berbunyi "Papa ingat deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako" terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43.


Kesalahan itu dilakukan jam 8.45 malam pada 15 Jun lalu di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang. Jika disabitkan kesalahan, Iqbar boleh berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Mahkamah menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai. - CARI
Quote Atata 1-7-2020 03:32 PM
Ore g pancung belako maksudnya apa?
Quote barfi 1-7-2020 03:40 PM
Suchi:    Edited by Suchi at 1-7-2020 03:09 PM  Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk ig dahselamat  ...


Aen syahera tu instafemes kelate kan. Comey2 gedik gtu seksi tek beso..
Pernah ada gosip ngan zizan many years back..
Quote husna_amal 1-7-2020 03:41 PM
Budak lagi tu pemikiran tak matang. Itu pun sampai buat report bagai kena ugut.
Quote CocoCily 1-7-2020 03:47 PM
Atata replied at 1-7-2020 03:32 PM
Ore g pancung belako maksudnya apa?

“Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako”.

Like if anything jadi to his sister ie Mati,  he will go after everyone. Macam bunuh everyone.Tapi cepatnya cari pengganti.Adakah his sister kecewa?? tengokkan posting2 dia, sedikit geli & confuse di situ..erk
Biasanya bila si ibu meninggal macam ni lah. Huru hara. Lagi lagi si ayah kahwin lain. Inikan pula si ayahnya itu ayah tiri.

Quote Lagubestbest 1-7-2020 03:51 PM
husna_amal replied at 1-7-2020 03:41 PM
Budak lagi tu pemikiran tak matang. Itu pun sampai buat report bagai kena ugut.

Anak tiri ada duit, upah orang je.

Lihat semua komen(348)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.200985 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top