CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Akma AF Dihentam Netizen Kerana 'Berlagak Diva' Kritik Air Asia

4-7-2020 09:37 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23756| Komen: 119|Original author: Oleh: Cari-Azza



Gara-gara mengkritik perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia (AA) yang tidak membenarkan bagasi dibawa naik bersama penumpang, Akma AF dihentam oleh warganet kerana berlagak diva.

Dalam video berdurasi dua minit itu, Akma menerangkan yang dia dan suaminya tergamam apabila dilarang membawa masuk bagasi yang biasanya dibenarkan sebelum ini kerana arahan baru AA. Dek kerana itu, mereka dan penumpang lain turut tersadai hingga terpaksa membeli tiket penerbangan lain.

Bagaimanapun, penjelasan Akma itu hanya disambut sinis daripada warganet kerana menganggap ia sebagai sengaja untuk meraih perhatian.



Akma menggesa syarikat AA memaklumkan kepada penumpang menerusi pelbagai medium termasuklah sistem pesanan pendek dan bukannya bergantung harap pada laman sesawang semata-mata.

Namun, lain pula jadinya apabila dia pula dijadikan sasaran warganet yang menegaskan ianya adalah kesalahan Akma sendiri kerana tidak berada di balai ketibaan empat jam sebelum penerbangan.


Kredit foto : IG

Bagaimanapun, ada juga bersetuju dengan Akma bahawa syarikat AA memang banyak masalahnya, bukan terhad pada isu ini semata-mata. Jadi, siapa yang rugi dengan polisi sebegini? Pengguna juga kan?


Kredit foto :IG
Kredit foto : IG

Tidak membiarkan pengikutnya bertelagah, Akma kemudiannya membuat sebuah lagi video perkongsian mengenai isu tersebut, lalu memberikan beberapa tip mengenai beg yang boleh dibawa bersama penumpang atau diletakkan di tempat khas.



Jadi, Akma meminta mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakannya sebelum ini agar berlapang dada selain menasihati orang ramai supaya menjadi lebih peka. Apatah lagi sebenarnya ramai juga yang tidak tahu mengenai polisi terbaharu ini.


Kredit foto : IG

Walaupun ramai yang menuduh Akma sengaja menimbulkan isu semata-mata untuk menaikkan akaun media sosialnya, ia sebenarnya bagus juga untuk memberi kesedaran kepada pengguna akan prosedur terbaharu ini.

 Jadi, anda sebenarnya dah tahu ke belum tentang hal ini? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 4-7-2020 09:41 AM
Ramai yg tak tahu ni..anyway thanks..biasa arr dorang nak kaut untung balik laaa
Quote bambimo 4-7-2020 09:45 AM
Akma AF ke... Lain dh muka dia.. Nk matang
Nway aku pun baru tau psl beg cmtu dh xboleh bawa masuk cabin
Quote dejure 4-7-2020 09:48 AM
bambimo replied at 4-7-2020 09:45 AM
Akma AF ke... Lain dh muka dia.. Nk matang
Nway aku pun baru tau psl beg cmtu dh xboleh bawa masuk  ...

Sejak covid ni je
Quote misc 4-7-2020 10:05 AM
Ok ler tu dia warwarkan kat public. Mmg ramai tak tahu pun. Tak nampak mcm berlagak pun cara dia sampaikan. Siap memikirkan mcm mana kalau jadi kat org yg cukup2 duit je utk beli tiket.
Quote anaktoyol 4-7-2020 10:18 AM
masa nak book tiket AA dah siap bgtahu kat website yg bag sekian2 x leh bawa masuk... dekat tiket pun ada tulis... dkt boarding pas pun ada tulis....dia yg malas membaca dan ambil tahu.....
Quote BicaraHatiku 4-7-2020 10:23 AM
iols rimas betul yg jenis bawak carry-on luggage kalau boleh peti ais pun nk angkut sekali lepas tu berebut2 nak masuk dlm flight awal sbb takut takde ruang...nonsense.
Quote Nenasketum 4-7-2020 10:24 AM
Aku dapat bideo ni smalam,Akma rupanya. Aku ingat some random acik. Anyways, tak lah annoying cara dia cakap & ramai jer tak tau sebab dah terbiasa naik Air Asia boleh bawak cabin & handbag. Netizen pun manyak masa lapang ka?
Quote bungarose 4-7-2020 10:29 AM
Sampai hari ni aku wonder camner dia bley dikategorikan as an artiste
Quote aderaderker 4-7-2020 10:42 AM
Aku menyampah kalau dok ingatkan orang supaya berlapang dada.

Inilah salah satu sebabnya.
Hello,  hang pun tak berlapang dada kut.
That's why up igs/socmed komplen itu ini kann...
Quote tagas 4-7-2020 10:55 AM
so bag kena kasi queue la nih kan utk simpan dlm coach sementara dlm

flight no more carry carry letak atas peti yg kat atas

kepala tu
Quote Kurex 4-7-2020 11:08 AM
Tuanya muka sheols
Quote Noraniza_Iblis 4-7-2020 11:14 AM
bab ni iolls sokong akma..
yg suruh 4jam awal tu...
ko jgn nk gelabah sgt la.. tah g travel pun takat flight g Kuching, kk..
haha...
Airasia patut perlu smpaikan pd semua medium..
bkn just bergantung pd website dgn page fb semata2..
up la pd media.. blh dorg war2 kan kt berita dorg...
Quote RatuDunia94 4-7-2020 11:26 AM
Ok je heols bukan meroyan pon..
Quote ReginaGeorge 4-7-2020 11:36 AM
Sesuweiiii sangat
Quote hanni_ruzz 4-7-2020 11:41 AM
bagus jugak dia buat video tu
kalo tak aku pn tak tau

setuju, AA kena luaskan la any recent news
bukan semua org masuk website dan page dia pun
Quote cmf_premierleag 4-7-2020 11:51 AM
laaa Akma ke..aku ingatkan acik2 mana la bebel smlm psl AA nih
Quote Fairy88 4-7-2020 11:57 AM
Airasia pun tak rajin war2 kan info terbaru.. sb org akan igt masih sama mcm dlu..
Quote damian_lee 4-7-2020 12:02 PM
BicaraHatiku replied at 4-7-2020 02:23 AM
iols rimas betul yg jenis bawak carry-on luggage kalau boleh peti ais pun nk angkut sekali lepas tu  ...

Exactly .... nasib baik skrg ada maximun weight Yang boleh bawak carry on luggage

Ada satu zaman tu
As much as you can carry konsepnya
Ada yang penuh kanan kiri
Especially perjalanan pegi surabaya time tu

Rimassss sungguh aku tgk
Quote damian_lee 4-7-2020 12:04 PM
Sama ada cakna atau
Maybe dia ingat still mcm dulu

But the thing is
SOP sempena covid ni memang lain
Even before pegi mesjid pun kita nak tahu apa SOP baru
Kena bawak sejadah sendiri bagai

Same goes naik flight
Ke sejenis malas nak amik tau? Obviously semua benda tu available depan mata
Hanya tinggal nak take a look and read gituuuuuuuu

Memang patutlah kena bash disebab kan kemalasan nak amik tauuuu

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.074104 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top