CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam Spray - Netizen Cair Tengok Lelaki Ini Bersin, Sopan Betul!

8-7-2020 02:58 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8814| Komen: 35|Original author: Oleh: natrahn


Bersin adalah sesuatu perkara normal yang berlaku walaupun terhadap haiwan. Bersin sebenarnya bertujuan untuk mengusir benda asing yang tersimpan di saluran pernafasan.

Walaupun begitu, perasan tak gaya bersin setiap orang tidak sama? Ada yang perlahan dan ada yang kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

Baru-baru ini, tular di Twitter gaya bersin seorang pemuda yang menarik perhatian netizen. Video berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang pemuda bernama Nabil sedang merakam dirinya bersantai bersama seorang rakan. 

Namun, sambil merakam, dia tanpa sengaja telah terbersin sebanyak dua kali sebelum mentertawakan dirinya sendiri.




Gaya bersinnya hampir tidak kedengaran dan kelihatan begitu sopan. Macam bunyi penyembur sahaja, tidak seperti kebanyakan lelaki.

Ternyata selepas melihat video singkat itu, rata-rata netizen baik lelaki mahupun perempuan, 'cair' dengan keayuan bunyi bersin Nabil.


Kredit foto: Twitter @nabilqawim

Berdasarkan komen, bukan kaum Adam sahaja yang membandingkan gaya bersin mereka dengan Nabil, malah ada jua kaum Hawa yang berasa tergugat kerana bunyi bersin mereka sangat kuat mengalahkan lelaki.

Ha, korang punya gaya bersin macam mana? - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 8-7-2020 03:18 PM
The fuck yang cair dengan benda mcam ni lelaki macam ni?
Quote husna_amal 8-7-2020 03:30 PM
Budak twitter yang lapar perhatian kah ini.....
Quote Orix 8-7-2020 03:52 PM
koser dekkk sendiri rakam sendiri bersin sendiri upload. kalau org lain rakam n upload paham la jugekkk
Quote AmandaRollins 8-7-2020 04:16 PM
Biasa yg bersin slow ni sbb ada resdung kan?
Anak buah klu bersin slow je..comel je ..hehehe
Tp syg sheols ada resdung..same goes to my ex friend...
Quote Skuau 8-7-2020 04:18 PM
"Are you stupid or something".-Forrest Gump
Quote bondeh 8-7-2020 04:43 PM
Itu je?????
Kowserrrrr...
Amek nih mahayam @Kurex
Quote Noraniza_Iblis 8-7-2020 04:48 PM
dh helokkk laju laa kau cairr...
cube kalauu si soibbb dgn sarah yg bersinn gituu...
smpai raya taon dpn ..tk habis kene bahann
Quote Kurex 8-7-2020 04:48 PM
bondeh replied at 8-7-2020 04:43 PM
Itu je?????
Kowserrrrr...
Amek nih mahayam @Kurex

Depan camera memang la nampak comel...... Hakikatnya hingus meleleh, bingit, bergema, buruk.. iols bersin takde cover, tapi tetap mengamalkan tatasusila
Quote Normabaru 8-7-2020 05:05 PM
Orix: koser dekkk sendiri rakam sendiri bersin sendiri upload. kalau org lain rakam n upload paham la jugekkk


Itu ler pasal.. My friend lg slow sneeze pon xpernah minta viral. Attention seeker much ~
Koserrr!
Quote imransulaiman 8-7-2020 06:00 PM
Cuba korang bersin sambil jegilkan mata...boleh tak? {:thief
Quote cicicumel 8-7-2020 07:03 PM
imransulaiman: Cuba korang bersin sambil jegilkan mata...boleh tak? {:thief


i baca somewhere kalu bersin mata terbukak.. biji mata yu boleh terkeluar.. ha3.. sbb tu bila bersin automatik mata pejam.
Quote mamasaffiya 8-7-2020 07:54 PM
X boleh blah kalau sapa2 tgh buat record dok bela2 rambut mcm tu. Rasa mcm poyo je
Quote crazybeach 8-7-2020 08:00 PM
choii sangat macam spray yachh. iols dah membayangkan particle2 bersin dia tu tersebar merata penuh satu bilik macam spray automatic ambi pur gituhh
Quote missflamingo 8-7-2020 08:43 PM
Bengongnya benda camni pun nak post
Quote NekNgah 8-7-2020 09:02 PM
Ini pun boleh jadi berita?? Prfftt...............
Quote Mulotkoyak 8-7-2020 09:17 PM
Ak kentut sambil kepit jubo xde pun wartawan mane2 yg selidik. Acik2 kepam seluruh alamnpun xdpt kesan.
Quote Cumikucingku 8-7-2020 10:31 PM
Org kata aku bersin mcm kucing....

Tu maksudnya ok ke xok?
Quote Tinot7 8-7-2020 11:04 PM
iols bersin kuat.. tak kisah la.. ada org bersin kuat.. ada org bersin mcm ngiau ngiau..
Quote Boomibulat 9-7-2020 09:46 AM
imransulaiman replied at 8-7-2020 06:00 PM
Cuba korang bersin sambil jegilkan mata...boleh tak? {:thief

Fakta Tentang Bersin.

1. Semasa bersin, kita akan menyemburkan material berbentuk cairan dan lendir dengan kelajuan 150km/jam.

2. Secara semulajadi, kita akan menutup mata ketika bersin. Jika kita memaksa diri untuk membuka mata, ada kemungkinan bola mata akan terkeluar. Kalau tak caya cubalah. ;p

3. Susah untuk mengawal suara ketika sedang bersin.

4. Sesetengah kes bersin adalah disebabkan kita kekenyangan dan perut dalam keadaan penuh. Simpton ini dikenali sebagai“snatiation“.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.132037 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top