CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Kali Bersalin, Tolak Ikat Rahim-Suami Selfish Anggap Isteri Kilang Anak

15-7-2020 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15650| Komen: 103

Seorang suami sanggup membahayakan nyawa isteri sendiri apabila menolak saranan doktor agar rahim isterinya diikat selepas bersalin anak mereka.

Menurut kisah yang dikongsi di Facebook Public Health Malaysia, si isteri baru berumur tak sampai 30 tahun tapi dah mengandung lima kali.

Sejarah mengandung pila sangat rapat dan sudah tiga kali bersalin secara caesarean.

Gambar Hiasan
Pernah ada komplikasi rahim pecah pada kandungan kedua, dan untuk bersalin kali ini, doktor akan jalankan pembedahan menegak iattu di bahagian ari-ari.

"Jika isteri mengandung kali keenam, ia akan membahayakan nyawa isteri dan anak. Bagaimanapun cadangan doktor pakar tersebut disanggah dan ditolak mentah-mentah."


Alasan si suami adalah 'jihad agama'.

Lebih menyedihkan, si suami juga hanya mahu doktor perempuan merawat isterinya selain tidak mahu memberikan suntikan vaksin kepada anaknya.

Sementara itu ada juga pihak yang mencadangkan perlunya akta untuk melindungi wanita bagi kes seperti ini.

Antara pandangan orang ramai:

"Suami tiada hati perut dan belas kasihan. Dia anggap isterinya kilang anak.

"Kalau isteri dan anak mati, mesti akan keluar ayat 'dah takdir Allah nak buat macam mana'. Muak dengan penunggang agama." -CARI
2

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • kotakbaju

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-7-2020 04:00 PM
jantan ni kalau dia rasa sakit bersalin aku rse dia tobat nk beranak sekali je
Quote doubleA 15-7-2020 04:06 PM
Pity si isteri. Makan pil perancang jela dapat jantan selfish
Quote Nana_Man 15-7-2020 04:06 PM
Jihad kepala otak ko lah... dah tu anak2 tak bagi vaksin.  Bagus lah buat mcm gitu. Beranak lagi 5.
Quote cmf_almondpecan 15-7-2020 04:07 PM
Keperluan suami menandatangani borang consent untuk isteri menjalani tubal ligation hanyalah satu amalan biasa di Malaysia. Menurut undang2, kalau perempuan tu tetap nak jalankan pembedahan ikat rahim walaupun suaminya tak bersetuju, dia berhak. Kalau doktor tu enggan buat, saman je doktor tu.
Quote mijot 15-7-2020 04:10 PM
ni namanya suami pentingkan diri..
Quote Iema5008 15-7-2020 04:13 PM
Ni geng abu hannah alneneni la ni {:smile

Ramai yg jenis gini kat fb. Gebang sna sini anti vaksin sbb ada microcip dajal dan sel anjing. Tolak merancang sbb jihas agama. Tapi memaki kaw2 sampai panggil certain frontliner sundal atau anjing suruhan DG boleh pulak {:nose
Quote ellejo 15-7-2020 04:21 PM
doubleA replied at 15-7-2020 08:06 AM
Pity si isteri. Makan pil perancang jela dapat jantan selfish

september lepas aku balik kampung then visit kawan yg baru bersalin. anak dia dah empat. umur baru 30. laki keje guard kilang. tanyala lepas ni pakai perancang apa. dia cakap laki dia tak bagi pakai perancang. kalau dapat anak tu rezeki katanya.

menumpang rumah mak bapak. kereta motor semua takde. anak aku bagi cekelat cadbury rm8 yg besar tu macam jakun sangat anak2 dia siap cakap ni mahal takpernah dapat makan.
Quote prettyuglybabe 15-7-2020 04:32 PM
bukan topic ni dah ada ke semalam..
Quote Cumikucingku 15-7-2020 04:51 PM
Si bini tu ikut je ke sbb syuga bawah tapak kaki suami?

Ok... klu ikat tu mmg kena izin suami..

Tp buat iud tak perlu izin suami,...

So klu dapat suami degil sgt... pegi sendiri buat iud kat klinik... ini dah kira soal keselamatan sbb rahim pecah mengancam nyawa...
Quote Kurex 15-7-2020 04:54 PM
Taknak lawan atok dari india yg beranak dgn bercucu ramai?
Quote jargon 15-7-2020 04:59 PM
Mohon izazaim dan sohaibewak nk produce anak lg..rumah sewa xmmpu byr woiii..sian izaZaim bela bewak
Quote pasa 15-7-2020 05:01 PM
leluhur kat india tak blh lawan sbb berafahaman mazhab tak tau la apa dia faham, bini 39 orang.
Quote naina 15-7-2020 05:01 PM
buat implan senyap2 atau makan pil perancang senyap2. klu nak merancang sndri mmg xdapatla kan suami tak beri kerjasama. payah klu semua nak kait2 agama.
Quote naina 15-7-2020 05:02 PM
ellejo replied at 15-7-2020 04:21 PM
september lepas aku balik kampung then visit kawan yg baru bersalin. anak dia dah empat. umur baru ...

mmber sekampung aku pon ada cmni. umur 32 anak dah 6. ngeri sbb tgk dia kurus kering cengkung. dan suami xbg rancang. ya Allah xdpt imajin betapa busy,letih dan kelam kabutnya urus anak2.yv ramai dan kecik2 tu
Quote bakingsoda 15-7-2020 05:32 PM
kalau dah berkaitan menjaga nyawa perlu lagi ke tunggu kata putus dari laki tak guna penunggang agama?
Quote AyaqMeloSuam 15-7-2020 05:44 PM
ellejo: september lepas aku balik kampung then visit kawan yg baru bersalin. anak dia dah empat. umur baru 30. laki keje guard kilang. tanyala lepas ni pakai  ...

Siannya weeyy {:freak
Quote Artemesiaa 15-7-2020 05:47 PM
Thread dah ada
Quote epuepy 15-7-2020 06:14 PM
Telan je la pil perancang kalo laki ko X bgy nk ikat.

Spesis agama rider mmg mcm ni. Selagi bole tonggang.
Quote kuihbakar 15-7-2020 06:31 PM
Suami i terus sign je bila i cakap nak btl . Sampai Dr tanya banyak kali. Betul ke nak btl

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040137 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top