Sekeping gambar seorang wanita yang sepatutnya menjalani kuarantin di tumah tular kerana selamba sahaja bebas menikmati makanan di sebuah kafe di Perak.
Menurut pemilik kafe, Nurul Chu Hada Karim, dia sudah pun membuat panggilan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan pegawai kesihatan datang untuk membuat siasatan. Menurut laporan Malaysia Gazette, wanita yag memakai tag berwarna merah jambu itu belum habis menjalani tempoh kuarantin di rumah. “Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni tak positif cuma dorang tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan KKM," kata pemilik kedai. “Please lah jangan menyusahkan orang . Bukan sorang dua tau kalau hang tu positif!," tulisnya melalui Facebook
Menurut Nurul, wanita tersebut sedang diburu pihak berkuasa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). Perkara ini juga mendapat perhatian Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood. “Orang seperti inilah yang meningkatkan risiko negara kita kepada gelombang kedua. “Perbuatan Puan, keluarga/sahabat dan kafe yang membenarkan wanita ini makan di situ dan tidak melaporkannya adalah memalukan. “Langkah lebih tegas diperlukan. Covid-19 masih ada,” katanya menerusi Twitter. -CARI
|
cupu replied at 20-7-2020 02:41 PM
Sape je yg betul2 dgr arahan. Unless mmg no choice.kuarantin blk la dkt serdang tu... Aje gelenyor n ...
ADVERTISEMENT