Lapan tahun jadi pelakon, Reen Rahim dah lali dengan kecaman netizen. Mana tidaknya dia sering dikutuk kerana berpakaian seksi dan mencolok mata.
Namun bagi Reen, dia selesa menjadi dirinya sendiri. Pelakon ini juga bertindak menutup ruangan komen di Instagram jika perlu. "Saya sudah tiada perasaan apabila diasak netizen. Jadi, saya ambil langkah menutup ruangan komen untuk gambar tertentu daripada membiarkan komen negatif. "Jujurnya, saya tak pernah kisah dengan komen dan kecaman. Cuma, saya tak mahu memeningkan kepala untuk hal tidak perlu. Ini cara hidup saya. Tiada guna membiarkan komen negatif menerjah dalam hidup. "Cuma, tak semua ada kekuatan untuk menepis komen negatif. Bagaimana perasaan keluarga dan peminat yang sayangkan saya. Jadi, saya tak mahu komen buruk mengganggu emosi mereka," katanya kepada Berita Harian. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|