CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bercumbu, Perempuan Yang Kena Seranah, Lelaki Terus Selamba,"-Fynn Jamal

4-9-2020 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10283| Komen: 37

Fynn Jamal baru-baru ini ada memuat naik satu entri yang memberi pesanan dan ingatan buat semua kaum wanita.

Foto: IG

Tulisnya, "Kenapa pesanan 'jaga diri' itu lebih selalu ditonyoh pada muka perempuan? Sebab kalau apa-apa jadi, yang lebih teruk dicemuh adalah perempuan.

"Bunting - perempuan yang hadap kena jawab. Yang jantan entah ke mana hala. Bercumbu - perempuan yang tadah, kena seranah. Yang jantan terus je hidup selamba."


Tambah penyanyi lagu Arjuna Beta ini lagi, pesanan tersebut bukan satu sebab untuk menyalahkan perempuan, namun ianya kerana menyayangi perempuan.

"Jangan terlalu nak menang hati anak, kita biar anak kita tergelincir dari agama. Worse, dengan kita-kita tergelincir sama. Jaga diri, wahai anak-anak perempuanku. Jaga dari api."



Tak pastilah sama ada ia ditujukan kepada anak perempuan Nora yang tular kerana bercumbuan baru-baru ini atau hanya kebetulan sahaja. -CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 4-9-2020 01:21 PM
Mungkin orang lupa kot kisahnya yang pompuan tu anak retis terkenal.
Quote TomyamPuteh 4-9-2020 01:23 PM
Aku setuju je dgn fyn. Llaki mmg xde effect apa2 pon. Pompuan yg akn kna hadap kiri kanan dpn blkg
Quote blue^panther 4-9-2020 01:36 PM
Terpaksa aku setuju dengan kokping ni, sebab semua itu benar belaka.....banyak dah nampak kes2 macam ni, mostly lelaki hanya cuci tangan dihujung kisah.....pompuan jugak tanggung, nak je aku cakap "kau gatal sangat apesal" tp tak sampai hati....
Quote siputpepel 4-9-2020 01:50 PM
selalu macam tu lah. bila kita salahkan lelaki, dia salahkan kita balik "kau yang gatal sangat"
eh pulakkkkk
Quote dudaberhias 4-9-2020 01:55 PM
apa yang dia kata tu betul tapi geli la kok ping punya bahasa ala2 syair gitu... choiii...
caption ke karangan tu...
Quote matbad 4-9-2020 02:08 PM
Betul lah apa dia cakap ni..
Quote sokmogitu 4-9-2020 02:11 PM
dia ni suka take out of context. Dah tentu netizen tak tahu siapa boy tu ...yang orang tahu girl tu anak nora. Cuba kalau boy tu anak ziana zain ke..anak fauziah latif ke...sama juga kena kecam.
Quote sleepandream 4-9-2020 02:48 PM
betul la tu...
cuba tengok kisah2 perempuan dimadukan ke, dicaras ke, etc yg berperang mostly perempuan vs perempuan... laki rilek2 je duk tepi sapkok
Quote husna_amal 4-9-2020 02:52 PM
Takde pula yang ceritakan budak laki tu anak siapa.
Quote shysari 4-9-2020 02:57 PM
Laki tu tak kisah sbb org just Who are yuss?
N kalau dia bercium ngan ppuan lain pun tak kecoh or viral
Tp girl ni anak kepada penyanyi n komposer terkenal so kena jaga la nama ibu ayah org kenal
Quote padris 4-9-2020 02:57 PM
TomyamPuteh replied at 3-9-2020 10:23 PM
Aku setuju je dgn fyn. Llaki mmg xde effect apa2 pon. Pompuan yg akn kna hadap kiri kanan dpn blkg

Kann...  Untunggggg lelaki...  Buat lah apa pun,  x kena kecamm..  
Pompuan gak yg salah...
Quote lavendernovella 4-9-2020 02:58 PM
We livin in a Patriarchy society. Mmg cenggitulah.
Quote lattehazelnut 4-9-2020 03:12 PM
Tutup aurat pun kne cium mcm mne kok ping
Quote Perawankota 4-9-2020 03:12 PM
Betul gak ckp kokping kali ni.
Perempuan kena rogol pon, org ttp pandang hina pada perempuan, perempuan yg salah.. Too bad..
Quote Lelli 4-9-2020 03:16 PM
Selalunya mcm tu la...hmmm
Quote pinksarah 4-9-2020 03:17 PM
lattehazelnut replied at 4-9-2020 07:12 AM
Tutup aurat pun kne cium mcm mne kok ping

Baru nak ckp jugak..

Dlm issue ni yg bercumbu tu tutup kepala berhijab ketika kejadian..

Apa cerita?

Quote KIM.K 4-9-2020 03:54 PM
OT sikit
Baru2 ni aku checkin hotel kat kl sentral hadir meeting. Staf hotel tu kata, "ingatkan pinjamal"
Dia kata aku pakai shawl hitam dgn mask hitam tu macam kokspin
Quote KIM.K 4-9-2020 04:04 PM
Tak manis rasanya kokspin asyik komen isu semasa macam topinasi. Awak tu berniqab jangan tunjuk berjiwa jumud dgn jadi shariah police

Lagi nak komen sipi2 anak Nora. Ko kena kembangkan ruang lingkup berbincang tu tak semestinya berniqab cakap agama saja. Boleh gak welding, healthy food etc

Sorang lg bini si jutawan jawa tu. Terang2lah hidong renovate skrg dah jadi shariah police. Tak sesuai k..ko dulu lagi ligat dari org yg bertahun dah bertudung. Tak baik la sikit2 bab salam, bab adab pun ko dah tak berkenan

Tolong makcik2 yg baru berhijrah ni jamgan strict sangat sebab iman ada naik turunnya

Quote duri_durians 4-9-2020 05:32 PM
KIM.K replied at 4-9-2020 04:04 PM
Tak manis rasanya kokspin asyik komen isu semasa macam topinasi. Awak tu berniqab jangan tunjuk berj ...

setuju sgt dgn pandangan tersebut..

nasihat orang seolah dia takada sejarah.. bukan nak kata perlu perfect sebelum menasihat, tapi guna la cara yg berhikmah..

bila dia dah jadi putih, terus dia hitamkan semua orang yg tak putih.. gitu..

padahal dulu pun hitam kelabu..

berpada la dlm berkata dan melontarkan isi hati apatah lagi nak berdakwah..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.057569 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top