Walaupun sudah mempunyai empat isteri, seorang lelaki masih lagi tergamak merogol anak tirinya selama hampir empat tahun. Kompas.com melaporkan, kejadian yang berlaku di Kecamatan Paya Bakong, Kabupaten Aceh Utara itu dipercayai sejak mangsa masih bersekolah.
Suspek dikatakan turut mengugut untuk membunuh dan menceraikan ibunya yang juga isteri keempat sekiranya mangsa membuat laporan. Ketua Polis Aceh Utara, Rustam Nawawi berkata, "Suspek ditangkap pada 1 September lalu dan mangsa adalah anak kandung kepada isteri keempat suspek." Menurut sumber lagi, perbuatan terkutuk itu dilakukan sejak mangsa darjah tiga dan mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya.
"Keluarganya kemudian membuat laporan polis dan mangsa dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan. "Bagaimanapun, suspek menafikan dakwaan mangsa mengatakan ia diperkosa sejak empat tahun lalu, sebaliknya perbuatan itu dilakukan antara Mei dan Ogos tahun ini." Suspek didakwa di bawah Qanun (peraturan daerah) berkaitan jenayah pasal 50 yang membawa kepada hukuman penajara sehingga 150 bulan. -CARI
|
sarah82 replied at 6-9-2020 07:34 PM
Cuba tengok kalau pesalah ni omputeh bangsa suci sembahan acah2 urban.. Terus diam mcm kura2..tak ko ...
highcastle replied at 6-9-2020 11:33 PM
Kan sarah? Satu lagi yg rajin membebel pasal undang2 tu..... Bila melibatkan kes Lim Guan Eng tak ...
sarah82 replied at 6-9-2020 11:34 PM
Hahaha.. Tahap hipokrit capai dewataraya gitu... Bab Melayu, islam.. Terus laju ja komen.. Aku ing ...
highcastle replied at 6-9-2020 11:53 PM
Dah ada yang panas dah...........
ADVERTISEMENT