Sudah mempunyai 15 orang anak, kini Patty Hernandez dari North Carolina mengandung untuk kali ke-16. Ibu berusia 38 tahun itu dijangka melahirkan pada Mei tahun hadapan.
Mirror melaporkan, dia dan suami, Carlos Hernandez tinggal bersama kesemua anak mereka di rumah lima bilik di Charlotte. Mereka membelanjakan AS$498 (kira-kira RM2,100) setiap minggu untuk makanan serta keperluan lain. Kesemua lima anak lelaki dan 10 perempuan diberi nama dengan awalan huruf C iaitu CarlosJr, Christopher, Carla, Caitlyn, Cristian, Celeste, Cristina, Calvin, Catherine, Carol, Caleb, Caroline, Camila, Charlie dan Crystal.
Keluarga ini mula menjadi bualan ramai pada tahun 2019 dan selepas itu dia melahirkan dua lagi anak iaitu pada Mei 2019 dan April 2020. Walaupun sudah mempunyai ramai anak, namun mereka selesa dengan keadaan tersebut dan sentiasa bersedia untuk hamil lagi. "Keadaan ini memang memberikan tekanan dan sukar untuk menjaga bayi yang baru lahir. "Mereka selalu menangis dan saya harus melayani mereka, tetapi kami menikmatinya," kata Patty. Dia juga tidak menggunakan sebarang pencegah kehamilan. "Kami serahkan kepada Tuhan dan apa juga yang ingin diberikan, kami bahagia," tambahnya. -CARI
|
ALDRIN replied at 7-9-2020 02:45 PM
Teringat kwn iols, adik beradik 17 orang, seibu sebapa. Arwah bapak dia polis, mak housewife. Bapak ...
ALDRIN replied at 7-9-2020 02:45 PM
Teringat kwn iols, adik beradik 17 orang, seibu sebapa. Arwah bapak dia polis, mak housewife. Bapak ...
ADVERTISEMENT