Baru-baru ini Emma Maembong ada memuat naik gambar, menunjukkan wajahnya yang dikatakan semakin mengembang. “Hai semua saya dah mula kembang, kaki pun dah makin besar,” tulisnya sebagai kapsyen.
Bagaimanapun apa yang menjadi perhatian adalah telefon bimbitnya yang kelihatan tergantung di leher. Ada netizen yang menegur pelakon ini supaya tidak membiarkan peranti itu dekat dengan perutnya kerana dikhuatiri bayi yang dikandung terkena radiasi kuat. Antara komen: “Radiasi telefon bimbit kuat. Hati-hati bila handphone gantung di hadapan, apatah lagi dekat dengan bayi di dalam perut. “Jangan gantung handphone macam tu sebab banyak radiasi boleh beri kesan kepada bayi dalam perut."
Dalam masa yang sama ramai yang memuji-muji isteri kepda Shazli Azhar nampak berseri-seri semasa hamil. Apa pun didoakan agar Emma dan bayi baik-baik sahaja.-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|