CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Jam Kira! Wanita Beli Motosikal Guna Duit Syiling

7-9-2020 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4137| Komen: 28

Sebuah kedai mengambil masa dua hingga tiga jam mengira duit syiling yang diserahkan seorang wanita untuk membeli motosikal jenama Honda berarga 20.6 juta rupiah (RM5,791).

Memetik Detik News, kejadian di Demak, Jawa itu memerlukan lima hingga enam pekerja untuk mengira duit syiling milik Siti Barokah.



Kredit foto: Sinar Harian/Detik News

Pengurus kedai, Harum Demak bagaimanapun berkata, ia kali kedua berlaku di mana kali pertama ia berlaku, ada pembeli datang membawa duit syiling berjumlah 8 juta rupiah (RM2,247).

"Saya tidak kisah, sebagai peniaga kita perlu melayan pelanggan dengan baik.

"Kerana wang masih kurang, Siti berunding dengan saya untuk membayar menggunakan wang syiling. Sebagai peniaga, kami mengutamakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

"Yang penting ialah duit syiling atau wang kertas mengikut harga yang dipersetujui," katanya dipetik Sinar Harian. - CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 7-9-2020 10:33 PM
Bgs pakcik sabar kira duit tu
Quote Rahah 7-9-2020 10:37 PM
Ingatkan kat Malaysia...
Quote Belibis 7-9-2020 10:52 PM
Kalau tak salah ingatan.wang syiling sah diperlakukan dengan nilai 2k jer.kat malaysia lah.
Quote rosasen 8-9-2020 08:19 AM
Belibis replied at 7-9-2020 10:52 PM
Kalau tak salah ingatan.wang syiling sah diperlakukan dengan nilai 2k jer.kat malaysia lah.

yeke? kenapa mcm tu?
Quote TomyamPuteh 8-9-2020 08:36 AM
Syiling pon duit jgk. X ckp 5 sen x jd nya singgit
Quote pink_lavender 8-9-2020 09:05 AM
Kalau kt Malaysia, apa kata tukar dulu Kat bank ....
Quote CatMiow 8-9-2020 09:25 AM
Kat sini, dapat tukar kat bank, tak tau la indonesia nun...

Kesian juga nak beli tak cukup duit, kna tmbh duit syiling.

Kalau prank tu, sakit hati juga la... Kira dah melampau bwa duit syiling.
Quote gede-bab 8-9-2020 09:53 AM
Belibis replied at 7-9-2020 10:52 PM
Kalau tak salah ingatan.wang syiling sah diperlakukan dengan nilai 2k jer.kat malaysia lah.

Ya dulu2  duit syiling, RM1, RM5 boleh guna untuk bayaran dalam jumlah tertentu saja ...tak tahulah kalau peraturan ini dah dijumudkan oleh Bank Negara Malaysia..
Quote imransulaiman 8-9-2020 10:03 AM
gede-bab: Ya dulu2  duit syiling, RM1, RM5 boleh guna untuk bayaran dalam jumlah tertentu saja ...tak tahulah kalau peraturan ini dah dijumudkan oleh Bank Negar ...


Duuuuuuulu - syiling 1sen, 5sen, 10sen, 20sen sah diperlakukan RM2 sahaja. 50sen sejumlah RM10.

Sekarang tau tau masih valid ke..
Quote fifie_olin 8-9-2020 10:05 AM
gigih acik menabong
hasilnya dpt la moto sebijik
Quote dino 8-9-2020 10:07 AM
heran knp tak p tukar kat bank
Quote macaiPH 8-9-2020 10:18 AM
dulu ada drama budak2 kaki lepak minta derma dapat duit syiling dia pergi guna beli pizza

cashier marah budak2 kaki lepak tu suh panggil manager

budak2 generasi X Y Z millenium tik tok semua sama ada je tongong mereka
Quote husna_amal 8-9-2020 10:19 AM
Yang penting duit. Cash pula tu.
Quote Belibis 8-9-2020 11:39 AM
imransulaiman replied at 8-9-2020 10:03 AM
Duuuuuuulu - syiling 1sen, 5sen, 10sen, 20sen sah diperlakukan RM2 sahaja. 50sen sejumlah RM10.  ...

Ehh..ingat2 lupa la.betul la tuu
Quote Artemesiaa 8-9-2020 11:48 AM
Yang penting dia bayar cash tak berhutang sesen pun.  Berbanding yang beli berhutang tapi bangga menyayang sana sini.
Quote Cassieopeia 8-9-2020 12:03 PM
bagus tokeh ni.. gigih kira tu. maybe bank jauh kot nk pg tukar. kat sane xde mesin kira syiling ke
Quote zuuu 8-9-2020 12:56 PM
Kagum ngan kakak ni yg leh simpan suit siling sebanyak tu...aq nk kumpul 100 pon susah
Quote acikhan 8-9-2020 12:59 PM
Haku ade duit syiling rm1k tp nak pg bank x de akaun bank...huhuhu..acaner tu
Quote dani-rox 8-9-2020 01:02 PM
Samsung bayar saman kat Apple USD 1 billion dlm duit syiling 5 sen. Lebih kurang 30 buah trak angkut duit tu utk dihantar ke HQ epal

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035489 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top