Padah taasub permainan video, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun membunuh rakan perempuan berusia 10 tahun di Madhya Pradesh, India pada Isnin lalu. Menurut laporan India Times, keluarga mangsa resah apabila kanak-kanak itu tidak pulang selepas keluar memetik bunga seorang diri.
Difahamkan, mayat mangsa kemudian ditemui tidak jauh dari rumahnya dan mereka dapati kesan hentakan batu pada kepalanya. Berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTVC) dan keterangan saksi, polis menahan budak lelaki terbabit yang bersembunyi di dalam bilik mandi sebelum mengakui perbuatannya. Akuinya, dia berdendam dengan mangsa kerana sering mengalahkannya menerusi permainan video 'Free Fire'. Polis bagaimanapun percaya motif utama pembunuhan berpunca daripada kematian tikus peliharaan budak lelaki itu.
Suspek mendakwa dia mengesyaki mangsa membunuh haiwan itu selepas mereka bertengkar sebelum kejadian. Polis juga menolak kemungkinan suspek memperkosa mayat mangsa dan kini menunggu hasil bedah siasat. - CARI
|
ADVERTISEMENT