Delimawati tak kisah dengan pandangan orang ramai mengenai status artis yang mendiami kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR). Apa yang penting baginya adalah impian untuk mempunyai rumah sendir dah tercapai.
"Masa ada tawaran kerja, bolehlah bayar rumah harga beribu sebulan. Habis tu, kalau tak ada tawaran lagi, tambah-tambah artis veteran macam saya bukan selalu ada job. "Daripada kita duduk melarat menumpang rumah orang, lebih baik terima peluang yang ada. Saya fikir macam itu sahajalah, tak kisahlah apa orang nak kata, janji saya tak menyusahkan orang minta bantuan," katanya kepada Gempak. Pelakon filem Hantu Kak Limah itu adalah antara 25 penggiat seni yang menerima kediaman PPR menerusi insiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin.
"Sekarang ini, saya menyewa bayar lebih RM1,000 di Puchong. Saya duduk dengan anak, menantu dan cucu. Tengoklah nanti macam mana kalau mereka nak ikut." "Kalau dia rasa kecil ke apa, nanti 'rumah' di bawah tu (liang lahad)...tujuh kaki, lagi kecil," tambahnya. -CARI
|
RatuDunia94 replied at 11-9-2020 06:10 PM
Sheols xde anak anak eh?
noell replied at 11-9-2020 06:41 PM
sah tak baca article kt atas kan?
beni_nikaido replied at 11-9-2020 05:42 PM
ppr pun x pe kak limah...janji rumah sendiri, iye dak
he'eh
ADVERTISEMENT