CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Maut Lepas Didenda 100 'Squat Jump'

11-9-2020 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12203| Komen: 40

Pelajar maut akibat kegagalan jantung sehari selepas dipaksa melakukan 'squat jump' sebanyak 100 kali sebagai hukuman kerana gagal menghantar kerja rumah.

Memetik Mirror, sebelum kejadian Potay Suriyawt Jiwakanon, 13, dilaporkan tidak hadir ke sekolahnya di Samut Songkhram, Thailand selama tiga hari kerana tidak sihat.


Bagaimanapun, sebaik kembali ke sekolah pada 3 September, gurunya tidak mempedulikan keadaannya yang masih kurang sihat.



Dia juga didakwa mengabaikan sijil sakit yang diberi Potay dan memaksa remaja itu melakukan squat jump.

Difahamkan, mangsa dikatakan melaksanakan hukumannya itu dengan bersusah payah kerana tubuhnya masih lemah.

Keesokannya, Potay jatuh sakit semula, namun terpaksa tinggal seorang diri bersama adik lelakinya di rumah kerana ibu bapanya perlu bekerja.

Sebaik pulang pada pagi 5 September, ibu bapanya terkejut mendapati mangsa sudah tidak bernafas.


Mereka menghubungi talian kecemasan, namun paramedik yang tiba mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Doktor percaya mangsa meninggal dunia dalam tidur akibat kegagalan jantung sekitar jam 3 pagi iaitu sejam sebelum ibu bapanya tiba di rumah.

Berikutan kejadian, pihak sekolah menghubungi keluarga mangsa pada Selasa lalu untuk memohon maaf dan menyatakan kesediaan bertanggungjawab atas kejadian menimpa mangsa.


Kredit foto: Mirror

Bapa saudara mangsa, Pramot Eiamsuksai berkata, pihak sekolah bersetuju membayar pampasan atas kematian Potay dan membiayai kos pengebumiannya.

Manakala guru terbabit akan diambil keterangan sebelum tindakan lanjut diambil. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote macaiPH 11-9-2020 05:12 PM
amende la nak nyeksa budak2 kat sekolah

nanti ada pulak yang cakap

suatu hari nanti cikgu2 macam ni yg kau akan berterima kasih

nonsense le
Quote cikatilia 11-9-2020 05:12 PM
naya jah cikgu ni
Quote Artemesiaa 11-9-2020 05:16 PM
Budak tak sihat tetap nak didenda mana tak mengundang bahaya
Quote Buritan 11-9-2020 05:19 PM
macaiPH replied at 11-9-2020 05:12 PM
amende la nak nyeksa budak2 kat sekolah

nanti ada pulak yang cakap

Ala siannya budak ni.. sbb tuu masa aku jd cikgu tak berani nak touch budak.. takut budak tu mati ke sakit ke patah ke.. sore je kuat kalah petir nak touch budak aku tak berani
Quote gujiwa 11-9-2020 05:21 PM
iols penah tak datang skola sbb tak sihat..
esoknya kawan2x bgtau nasib tak datang sbbcikgu suruh jalan itik dari kelas darjah 1 smpai darjah 6..

sbb ape iols tak bape pasti..
huhuuhuhuhuhuh
Quote sarahmirza 11-9-2020 05:21 PM
Bodoh cikgu tu..
Quote TomyamPuteh 11-9-2020 05:21 PM
Agak2 menteri Pndidikn diorg nk bekap x cikgu tu?
Quote macaiPH 11-9-2020 05:22 PM
Buritan replied at 11-9-2020 05:19 PM
Ala siannya budak ni.. sbb tuu masa aku jd cikgu tak berani nak touch budak.. takut budak tu mati  ...

kau jadi cikgu sekolah henry gurney ke dulu???

macam brutal je kau ni
Quote Buritan 11-9-2020 05:23 PM
macaiPH replied at 11-9-2020 05:22 PM
kau jadi cikgu sekolah henry gurney ke dulu???

macam brutal je kau ni

Mmg aku brutal tp aku tak pernah touch budak.. aku takut ooo.. plg padu aku buat pun aku carut je budak.. hahaha
Quote Cyempaka 11-9-2020 05:28 PM
kesiannya kau budak.. dah la xsihat dipaksa lompat2 pulak. kat sek xde makpak nak mengadu.. xde daya nak melawan  
Quote RatuDunia94 11-9-2020 06:06 PM
gujiwa: iols penah tak datang skola sbb tak sihat.. esoknya kawan2x bgtau nasib tak datang sbbcikgu suruh jalan itik dari kelas darjah 1 smpai darjah 6.. sbb  ...


Dulu masa form 3 ni ada sorang teacher english.. setiap kali lepas ujian je yg dapat markah bawah 60% kena jalan itik pusig 10x dataran perhimpunan..

Iols pernah kena sekali. Esok bangun pagi nk g sekolah x boleh nak berjalan.. sakit gila kaki mcm nk tercabut..
Quote lattehazelnut 11-9-2020 06:10 PM
Scary nye lah.. nak denda pun xagak.. ni bukan kem tentera..
Quote biskutraya 11-9-2020 06:17 PM
Uish squat jump.. buat 10x pun nk tercabut peha rase.. sian budak tu..
Quote ChemicalRomance 11-9-2020 06:35 PM
Masa aku sekolah rendah dulu pernah cikgu PJ suruh budak2 lari naik turun sekolah 3 tingkat 10 kali. Sesapa yang slow dia suruh tambah lari keliling sekolah lagi 10x.. Sampai tercungap budak2, nasibla ada penolong kanan nampak dan suruh berenti..
Quote Skydiva 11-9-2020 07:14 PM
Susah jugak jadik cikgu ni eh? Parents i 22 cikgu, 22 ade high blood pressure sbb stress dgn keje. Tp kesian kat bdk tu jugak sbb cikgu takde belas ihsan. I pernah kena baling bola tenis kena tepi kepala dgn cikgu relief mase tu. Dh la masuk waktu salah, time pertukaran waktu, x bagi salam ape semua pastu trus baling bola kt i sbb mase tu I gi jalan kt meja kwn sbb nk amik note book. Sampai srang i still ingt n simpan dendam kesumat pasal die x minta maaf pn kat I.
Quote keds 11-9-2020 08:50 PM
Tak sihat pun nak marah....? Ntahla.
Quote crazybeach 11-9-2020 08:50 PM
ko dah kenapa babi? dah dibagi sijil mc pun nak denda jugak apahal babi? ko kalo gedik sangat nak squat jump berguling tergolek segala sila masuk dalam lumpur dengan babi lah hanat
Quote Supersirap 11-9-2020 09:23 PM
Alahai kasihannya budak ni,  baru 13 tahun, pihak berkuasa Siam perlu buat sesuatu kepada cikgu dia ni supaya kejadian sebegini tidak berulang.
Quote Potato_kering 11-9-2020 09:44 PM
macaiPH: amende la nak nyeksa budak2 kat sekolahnanti ada pulak yang cakapsuatu hari nanti cikgu2 macam ni yg kau akan berterima kasihnonsense le

Kan... Memanjang minta dipuji cikgu2 yg tk berapa nk cikgu ni

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.100207 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top