Remaja perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia dipercayai dibunuh datuk kandngnya di rumah warga emas itu di Fukui,. Japan Today melaporkan, Susumu Tomizawa, 86, ditahan selepas disayaki membunuh cucunya, Tomomi pada malam Rabu.
Remaja itu ditemui mati pada awal pagi Khamis di dalam rumah berkenaan selepas bapanya melaporkan kepada polis bahawa anaknya tidak sedarkan diri akibat terjatuh, namun pasukan penyiasat yang tiba berkata, terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa. Menurut laporan, bapa mangsa mendakwa dia menerima panggilan daripada Tomizawa berhubung kejadian. Suspek dilaporkan tidak melarikan diri apabila polis tiba di lokasi kejadian. Berdasarkan sumber dan maklumat daripada jiran, mangsa sebelum ini tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah di bandar berkenaan, namun sejak dua bulan lalu dia dikatakan tinggal di rumah suspek.
Kata sumber, Tomomi memklumkan kepada rakan-rakannya bahawa dia membuat keputusan tinggal bersama datuknya kerana ibu bapanya sering bertengkar di rumah. - CARI
|
kakyungpilah85 replied at 11-9-2020 06:11 PM
Peliknye atuk yg ni.. Setau kakyung kalau cucu ni kemain lagi disayang2.. Ditatang bagai minyak yg p ...
kakyungpilah85 replied at 11-9-2020 06:11 PM
Peliknye atuk yg ni.. Setau kakyung kalau cucu ni kemain lagi disayang2.. Ditatang bagai minyak yg p ...
Maideen. replied at 11-9-2020 07:42 PM
Semoga Atok ni insof dan memelok Islam.
sashasam replied at 14-9-2020 12:05 PM
tumpang tanya maideen, kalau Atok ni masuk parti PIS, konfem masuk sorga kah?
Maideen. replied at 14-9-2020 12:24 PM
Konpom punyer......
sashasam replied at 14-9-2020 03:30 PM
hamdalah syukor
ADVERTISEMENT